bagi saya , harga kelas atau siapa pengajar tak penting . yg penting ilmu yg diajarkan . mungkin saja seorang newbie boleh mengajar satu ilmu simple tp memang boleh buat profit . dan belum tentu orang yg dah berpuluh tahun dalam bidang forex dan buat kelas dan memang pasti boleh buat profit .
setiap teknik bukan semua sesuai untuk setiap orang . maybe saya sesuai dgn teknik SnR dan bro yg lain lain dgn teknik EW atau stoch . setiap seorang tak sama . dan setiap orang ada kelebihan masing masing dan kekurangan masing masing .
apepun pada pandangan saya , sebelum ikut mana mana kelas , cuba baca dan belajar basic semampu kita dulu melalui pembacaan dan latihan . ketika kita membaca dan berlatih di demo akaun , barulah di kepala kita timbul mcm mcm persoalan ttg forex . dari situ baru minda kita terbuka sedikit demi sedikit dan maybe lepas tu boleh masuk kelas forex dan persoalan persoalan tu boleh kita tanyakan pada guru kita .
mcm keadaan akademik kita lah waktu kecil , sebelum masuk tadika , mak bapak dah ajar serba sedikit . kenal itu kenal ini . lepas tu kita mula bertanya dan bertanya dan makin mendalami sesuatu perkara .
ini hanya pendapat saya . saya pun newbie dan masih terlalu byk yg taktahu . saya pernah belajar dengan bro lukpayat , bro team kuda , ust sobri dan lain lain . walaupun orang dok kata ust sobri mcm mcm , scam ke ape ke . saya malas nak masuk campur . saya tetap dpt ilmu dari dia walaupun sedikit .
untuk ilmu saya sanggup berbelanja kerana pelaburan kepada diri sendiri dan ilmu itu lebih bermakna berbanding melabur di mana mana . tp ada pelaburan yg tak pernah rugi walaupun dunia ni hancur . iaitu perniagaan dengan ALLAh sebab kita pasti untung jika berniaga dgn ALLAH . segala janji ALLAH itu pasti .