BTC USD 81,461.8 Gold USD 4,004.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mencari Damai Kehidupan...

63556_1613016083282_1172680621_31697926_5768631_n.jpg
 
Tidakkah engkau tahu
selama ini aku telah lama menyimpan rasa
menelan segala duka
kerana aku cinta!

Aku boleh mengingin lebih dari ini
tapi kerana cintakan kamu
maka aku butakan hati
tak ingin meminta lebih lagi
sebaliknya aku lakukan demi
tak ingin kau pergi
biar aku lukai diriku sendiri

Mereka boleh kata apa yang ingin dikata
kerna mereka tak tahu betapa dalamnya cinta
sehingga mataku buta
dan ku pekakkan telinga
tak mahu terima apa yang dikata
kononnya kau main kayu tiga
ahhh... sekadar cerita

Mereka boleh berbuat apa saja
aku berikan kau kebebasan
maka pikirlah demi aku dan masa depan

Aku tak kisah andai terluka
tapi janganlah sampai membunuhku
kerna bila mati
aku sudah tiada lagi
saat itu nanti
semua cintamu tidak ku perolehi

Tahukah kau
semua ini kerana cinta


63556_1613016083282_1172680621_31697926_5768631_n.jpg
 
terimakasih gemagemuruh;

hehe..kat kampung belah kedah kot..
tapi moralnya;
Orang Jepun dia mesti susun kasut dia mengadap ke luar.
Korea pun sama macam orang Jepun. Kasut dia mesti mengadap ke luar,
bukan ke dalam macam kita.


So SELAMAT HARI RAYA..:D

selamat hari raya gak .. tu sebab cantiknya adat orang melayu .. sungguh indah dan unik .. :)paid
 
pada hari selasa
pergi ke paya
maaf di pinta
selamat hari raya....

:D
 
masa lalu
telah terbang melayang
berdebur kelautan impian

kadang memercik
basah pada relong ingatan

masa pun berlalu
merenung anak-anak
sebaya masa lalu...


Picture5-18.png

tq scott
lokasi:marang k. trengganu
 
Last edited:
Damai Pagi Raya di Tepian Marang

Mengimbau masa itu
saatpun berhenti

bayang wajahmu ayah
pada laut depan rumah kita

kelibat senyummu ibu..
pada lambai daun nyiur kita

hanya pondok tinggalan pusaka
sekuat jasa ayah..berkolek rezeki
selaut kasih ibu..damai bersatu

Picture2-21.png
tq scott
nanti anakmu akan pulang lagi raya Qurban
agar saatpun berhenti pertemukan kita..InsyaAllah:((
 
Aku mau jadi anakmu tanpa ada batas waktu

Ibu.........
Izinkan anakmu mecium jari jemari mu
Memohon maaf untuk masa lalu atau nanti
Kasihmu adalah penyejuk kegundahan
Sejenak kuingin turunkan rembulan
Atau kuruntuhkan langit
Untuk sedikit membekukan durhaka atau dosaku

Ibu ................
Biarlah Tuhan bosan dengan doa dan syukurku
Karna Dia memberi seseorang yang tak pernah berhenti mencintaiku
Terima kasih Ibu untuk yang terlewat atau nanti
Takan pernah mati kasihmu dalam hatiku
Sungguh di kejauhan ini aku merinduimu Ibu...


Picture4-23.png
mkim

saat bersama ibu, kakak dan abang
 
gamba bro amik smart jugak ye.aku paham thread ni.jalan2 tgk pemandangan dan kehidupan sekeliling.:)
 
Back
Top
Log in Register