BTC USD 80,099.5 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mencari Damai Kehidupan...

Orang miskin.

Orang miskin ialah orang yang hendak apa yang ia tiada.
Orang kaya ialah orang yang tidak hendak apa apa.
Orang kaya yang hendak apa apa ia lah orang miskin.
Orang miskin yang tak nak apa apa ialah orang yang paling kaya.

(Juadah untuk yang berpuasa). :)
 
thread nih membuatkn aku jd humble la....show btol.....thanks.....
 
nama saudara kita ni Ebby.
pembawa barang di Kinabalu National Park.
bayangkan dgn tong air gaban seberat 70kg
kat belakang (dilaluan layang-layang) lagi 2km
ke tapak camp; masa ni 11.20am, mula bergerak
8.00am ..
InsyaAllah akan sampai di tapak camp 3.00pm..

Tak terbayang saya kemampuan Ebby demi mencari
rezeki utk anak-anak dan isteri...:((

Mudahan paparan ni menjadikan kita bersyukur
dengan rezeki yang Allah beri..


terimakasih kepada Rabani
ebby2.jpg

kesian aku tengok mamat nih..tong air besar lagi dari badan dia..
harap2 Allah limpahkan rezeki kepada mamat ni sekeluarga...
 
Orang miskin ialah orang yang hendak apa yang ia tiada.
Orang kaya ialah orang yang tidak hendak apa apa.
Orang kaya yang hendak apa apa ia lah orang miskin.
Orang miskin yang tak nak apa apa ialah orang yang paling kaya.

(Juadah untuk yang berpuasa). :)

berulang di selami
butir mutiara kata-kata saudara..
...
harapan saya saudara tak jemu
melewati daerah damai..ini.
Sambil mutiara kata saudara
sedekahlah pada kami...
Kerana kami orang miskin...rasa..:D
 
syahdunyer thread nih:(( :(( :((
 
Makcik menjual rokok..
Cuma bersandar pada dinding kedai
di depan Waterfront Kota Kinabalu..
Menunggu pelanggan yg lalu.
"belilah satu dik.."

kadang terasa macam mini Manila lak...:-?



p1030371.jpg
tqRabani

sudah menjadi mata pencarian.
di kk ramai kanak2 yang terlibat menjual sama
dalam umur 8/9/10 tahun
sayang saya tidak menyimpan gambar2 mereka yang menjaja di pasar kk untuk kita kongsikan di sini.

"kalau ndak menjual macam mana mo makan?
ke sekolah pun tidak
duit bukannya turun dari langit
butir-butir nasi bukan datang bergolek
perlu di cari
di tukar dengan nilai keringat"
 
Last edited:

Bukan mudah memujuk hati..
Bila begini ujian menimpa..

YaAllah..
............... Engkau Yang Maha Berkuasa..

Dalam ujianMu ada rahsia....

"tangan ini menari seolah tiada siapa melihatnya..
Berlagu irama yang tiada siapa sudi mendengarnya
Berkeringat lelah seolah tidak memerlukan upah
Mengasihi seolah tidak pernah disakiti..
Dan hidup seolah tiada lagi esok harinya.."


terimakasih Terry
fingers_n_toes8.jpg
 
Salam pagi minggu
Mudahan kita semua di dalam rahmat dan kasih Nya serta diberkati dalam semua usaha ...
 
Back
Top
Log in Register