sarawak_lineup
Super Active Member
- Messages
- 5,217
- Joined
- Aug 25, 2008
- Messages
- 5,217
- Reaction score
- 107
- Points
- 88
Menara Berkembar Petronas.




Menara Berkembar Petronas merupakan salah satu projek mega selain litar circuit F1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC). diilhamkan oleh bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr. Tun Dr. Mahathir banyak membantu ekonomi negara.
Apabila melihat ke Paris terdapat sebuah menara yang diberi nama Eiffel Tower yang tidak berpenghuni dan hanya utk ditempatkan alat penerima pemancar yang berkaitan dengan ‘telecommunication’ yang telah dibina berpuluh tahun dlu. Adalah dipercayai semasa pembinaanya juga banyak bantahan dari beberapa pihak di sana. Kata2 seperti pembaziran juga tidak terkecuali.
Tetapi tahukah kita menara tersebut setelah berapa tahun menghasilkan berbilion dollar US sebagai pendapatan kpda negara Perancis setiap tahun. Tdk sah kalau tidak ke menara tersebut sekiranya sudah berada di Eropah.
Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur, Malaysia, merupakan struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur antara 1998 dan 2004. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar PETRONAS masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia cuma tertinggi pada salah satu dari empat kategori yang ada, walaupun sebenarnya tiga kategori yang lain itu cuma diperkenalkan apabila menara berkembar ini hampir siap pada akhir 1996.
Perbandingan dengan bangunan tinggi lain.
Syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, bertekad untuk membina bangunan tertinggi dunia. Walaupun bangunan lain seperti Menara Sears mempunyai tingkat dihuni lebih tinggi, kemuncak (pinnacle) lebih tinggi, dan atap yang lebih tinggi, puncak (spires) Menara Berkembar PETRONAS menjulang sehingga 452 meter (1483 kaki) — tertinggi sehinggalah Taipei 101. Mengambil kesempatan berkenaan peraturan mengenai ukuran bangunan (mengira puncak (spires) tetapi menolak antena) telah menimbulkan banyak kontrovesi di atas dakwaan Menara Berkembar PETRONAS sebagai gelaran menara tertinggi dunia.Kejadian pertama menggunakan puncak (spire) untuk meningkatkan tinggi diwartakan sesebuah bangunan adalah apabila Bangunan Chrysler didirikan. Puncak tersebut dibina secara rahsia bagi membolehkan Bangunan Chrysler berdiri lebih tinggi berbanding Bangunan Bank Of Manhattan.
Pembinaan.
Menara Berkembar PETRONAS dibina diatas bekas tapak kelab lumba kuda iaitu tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.
Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.
Untuk membuat tapak Menara Berkembar PETRONAS, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.
Menara ini mempunyai ciri2 keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.
Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar PETRONAS RM270 juta.
Penyewa Menara Berkembar Petronas.
Menara Satu diduduki sepenuhnya oleh Petronas, anak2 syarikat Petronas dan syarikat2 yang berkaitan dengannya. Ruang pejabat di Menara Dua tersedia untuk disewa bagi syarikat lain. Microsoft mempunyai pejabat di tingkat 29 dan 30 di menara dua. Penyewa2 yang lain termasuklah:
-Accenture
-Al Jazeera English
-Bloomberg
-Boeing
-Exact Software
-IBM
-Khazanah Nasional Berhad
-McKinsey & Co
-Microsoft
Pengaruh Luar.
* Dalam siri kartun yang bertajuk Man or Machines. Sam, Clover dan Alex telah pergi ke Menara Berkembar PETRONAS untuk melakukan misi menyelamatkan lif itu bergerak sangat laju.
* Dalam filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones.
* Filem bollywood DON lakonan shah rukh khan.
* Dan byk lagi filem dan drama dlm dan luar negara yg pernah menjalani pengambaran di KLCC.
Last edited:
