joshvinder_ver2.0
Fun Poster
- Messages
- 118
- Joined
- Mar 21, 2007
- Messages
- 118
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Dalam siri pertama kami ada menghuraikan serba sedikit tentang kaitan menantu PM dan Hindraf.
" Jadi, beliau pun memulakan taktik jahatnya. Sumber kami mengatakan bahawa beliau (menantu PM) bertemu dengan P. Uthayakumar (Penasihat Undang-Undang Hindraf) beberapa bulan yang lalu dan memulakan perundingan. Diantara perjanjian mereka ialah, menantu PM akan membiayai kesemua kos yang diperlukan oleh Uthayakumar untuk menganjurkan satu perhimpunan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan menaikkan kemarahan orang Melayu. Sebagai balasan, Uthayakumar akan terus disokong dari segi kewangan dan (diberikan) perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan seperti ISA. Sebab itu sehingga hari ini kerajaan tidak menggunakan ISA kepada Uthayakumar walaupun beliau telah memainkan isu yang bahaya dan berpotensi untuk mencetuskan satu rusuhan kaum." Baca selanjutnya disini.
Didalam posting Ron yang bertajuk "Pakatan Hindraf- Khairy: Matlamat menghalalkan cara" beliau berkata,
"Apa yang ditulis oleh Anak Jati Rembau seperti di atas belum lagi membuktikan keterlibatan Khairy mendalangi demonstrasi Hindraf. Andaian dan persepsi ini nampak semakin jelas bila tulisan di atas mengatakan Uthyakumar akan dilindungi daripada tangkapan di bawah ISA, tetapi Uthayakumar dan empat lagi pemimpin Hindraf telah pun ditahan bawah ISA pada 13 Disember 2007.
Sekali imbas, tindakan menahan Uthyakumar di bawah ISA memang akan membawa makna bahawa dakwaan wujudnya konspirasi Khairy-Hindraf adalah tidak benar. Tetapi, mustahilkah kalau tangkapan itu dilakukan untuk megaburi keyakinan umum tentang wujudnya konspirasi Khairy-Hindraf kerana konspirasi itu memang sebenar-benarnya wujud?
Jadi, tidakkah penahanan lima pemimpin Hindraf ini boleh disifatkan sebagai tindakan “matlamat menghalalkan cara” di mana matlamatnya di sini adalah menutup sebarang spekulasi mengenai konspirasi Khairy-Hindraf dan caranya adalah menerusi tahanan di bawah ISA?" Sila baca seterusnya disini.
Memang benar sebelum ini menantu PM dan PM tidak mahu menggunakan ISA terhadap Hindraf. Setelah didesak oleh ramai pihak termasuk veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani sendiri mendesak ISA digunakan terhadap pemimpin Hindraf yang didakwa telah mencetuskan huru-hara.
Mengapa ISA tidak mahu digunakan pada mulanya?
Mudah sahaja. Rahsia keterlibatan menantu PM dengan Hindraf akan bocor ditangan polis. Tetapi PM tertekan oleh kerana beliau didesak agar segera menggunakan ISA. Akhirnya Ghani Patail datang memberi idea. Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membenarkan seseorang ditahan terus ke Kem Tahanan Kamunting. Dengan ini, polis sudah tidak mempunyai kuasa terhadap seseorang tahanan.
Maka itulah sebabnya mengapa 5 pemimpin Hindraf ditahan terus selama dua tahun ke Kem Tahanan Kamunting. Maka rancangan jahat menantu PM itu dapat disembunyikan daripada pengetahuan polis. Menantu PM tahu bahawa polis tidak suka kepadanya. Ini dapat dibuktikan apabila polis tidak bertindak menangkap pemimpin Bersih seperti yang diarahkannya sebelum 10 November 2007.
Setelah ISA digunakan, sokongan orang Melayu kembali kepada Abdullah. Misi menantu PM berjaya. Akan bersambung.....
Anak Jati Rembau.