BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menantu Kasi Cek Tendang

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki sanggup menipu keluarga mentuanya dengan memberi cek tendang sebagai hantaran dan mas kahwin semata-mata mahu mengahwini gadis idamannya.

Lelaki berusia 23 tahun yang mengaku kontraktor perumahan itu bertunang dengan gadis berusia 21 tahun pada 21 Mei 2006 dengan hantaran RM7,574 atas persetujuan ahli keluarga bakal isterinya.

Ketika upacara akad nikah pada 24 Disember lalu di Masjid Permatang Berangan, dekat sini, gadis berkenaan hanya menerima cek bernilai RM2,000.

Bagaimanapun, cek itu tidak diterima bank apabila pihak keluarga gadis berkenaan cuba menunaikannya di sebuah bank di Guar Chempedak, sehari selepas majlis akad nikah.

Ibu gadis itu yang enggan mendedahkan namanya, berkata pihaknya menetapkan wang hantaran termasuk mas kahwin RM6,574 sebelum menantu berusia 23 tahun itu bersetuju menambah kepada RM7,574.

“Dia yang mendakwa kontraktor perumahan sekitar bandar ini mengabui mata keluarga saya dengan meninggikan hantaran dan mas kahwin yang ditetapkan.

“Kami menerima peminangannya sekali gus menetapkan majlis bersanding dan kenduri pada Jun depan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Agama Daerah Kuala Muda di sini, semalam.

Wanita itu juga berkata, pada majlis akad nikah, pihaknya berasa pelik kerana menantunya tidak ditemani keluarga lain seperti kebiasaan dilakukan masyarakat.

Ketika itulah lelaki berkenaan mengeluarkan sekeping cek RM2,000 dan bukannya jumlah yang dipersetujui sebelum itu.

Apabila bertanya, dia memberi alasan dirompak RM8,000 dan bakinya akan dijelaskan keesokannya.

Katanya, apabila gagal menunaikan cek berkenaan dan mendapatkan baki hantaran serta mas kahwin, menantunya dipaksa menjelaskan semua wang terbabit.

Namun, dia akhirnya diberitahu cek itu palsu.

AJAK SAJA ORANG KAMPUNG PAKAT TENDANG LAK MENANTU TU
:eek: :eek: :eek:
 
alahai.. nak cian kat sapo neh :)) :))
 
kalau buat hantaran guna e-gold, ebullion atau paypal..agak2 bapak mentua leh terima tak???:D
 
mak mertua dia ni mesti mata duitan..cepat betul dia nak bank in
 
cuba bwk bincang baik2... carik jalan penyelesaian... tp kalau yg terbaik adalah dengan menendang2 anak menantu/anak hantu tersebut.... apa lagi.... kita kasi tendang lah ramai2.... :)):)):))
 
nasib baik check tendang bukan kena penendang!:eek:
 
mak mentua patut bagi penendang kt menantu check tendang tu keh! keh!:))
 
macam2 hal la plak, hantaran pun guna chek ke? ni jarang2 orang buat ni :))
 
kesian ada... marah pon ada jugak aku mendengo nye :D
 
Back
Top
Log in Register