crood
Banned
- Messages
- 792
- Joined
- Mar 23, 2016
- Messages
- 792
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Lenggang Mona terkedek-kedek mengibar kain baju kurungnya ke sana ke mari seumpama bait-bait irama yang mengasyikkan. Wajah mulus Mona yang disimbah cahaya mentari pagi seolah-olah menata-rias seluruh pancaindera yang ditumpahkan kepadanya. Sungguh Mona memang jelita.
Babat memerhati dari kejauhan. Kedua-dua kelopak matanya tidak sesaat pun berkedip demi untuk menyaksikan pujaan hatinya itu tanpa terlepas peluang walau sedikit pun. Setiap gerak yang dihayun oleh Mona bagaikan tarian sufi yang memukau pandangan. Limpah kurnia yang terhidang untuknya menjadikan Babat mensyukuri keindahan sebuah ciptaan.
Sudah setahun lamanya Babat memendam rasa. Memerhati tanpa meluahkan kata-kata. Sejak pertemuan pertamanya dengan Mona tanpa sengaja, Babat terus sahaja jatuh cinta tanpa perlu dipaksa. Barangkali inilah yang dikatakan cinta pandang pertama. Biarpun cuma bertepuk sebelah tangan, Babat tetap bahagia.
"Apa yang kau menungkan tu, Bat?" tegur Oleng yang entah muncul dari arah mana bersama mempelam yang menjadi hasil curian terbarunya.
"Aku sudah jatuh cinta, Leng!" jawab Babat pendek.
"Dengan perempuan yang kau tengah tenung tu? Sudahlah berangan tu, Bat! Kau sendiri tahu cinta kau tu takkan ke mana-mana," nasihat Oleng.
"Aku sedar dan aku tahu akibatnya. Tapi aku tetap tak dapat menahan diri aku dari mencintai dia, Leng!" ujar Babat tersenyum sambil bebola matanya tetap memandang ke arah Mona.
"Dengar sini, Bat! Kau tak akan boleh bersama dengan dia! Kita dengan dia semacam langit dengan bumi, kau sedar tak? Satu dunia tapi tak tercapai jaraknya. Dia orang berharta sedangkan kita cuma tahu meliar ke sana ke sini saja! Nak makan pun terpaksa curi buah-buahan dari dusun milik orang. Inikan pula nak bercinta!" tegur Oleng sambil seraya menarik Babat supaya memandang ke arahnya.
"Tapi cinta aku suci, Leng!"
"Cinta suci konon! Aku berani jamin yang kau tak pernah luahkan isi hati gila kau ni dekat perempuan tu, kan? Jangan sebut tentang cinta suci kalau kau sendiri tak kenal makna cinta, Bat!" sindir Oleng memberi provokasi.
"Jangan cabar aku, Leng!"
Oleng buat muka selamba. Membuatkan darah Babat mendidih sampai naik ke kepala. Terkocoh-kocoh Babat turun dari bukit kecil tempat mereka berdua berada dan berjalan menghampiri Mona yang sedang menyidai kain. Di pertengahan jalan, Babat sempat memetik sekuntum bunga raya yang ditanam berhampiran rumah Mona untuk dijadikan sebagai momento kesucian cintanya.
Perlahan-lahan Babat menghayun langkah sedikit demi sedikit mendekati Mona yang masih leka mengampai pakaian. Niatnya cuma satu, untuk menyampaikan rasa cinta agung dengan cara paling simbolik yang boleh difikirkan olehnya. Bunga secantik dan semerah itu sememangnya layak untuk seorang gadis sesuci dan secantik Mona.
Tiba-tiba langkah Babat terhenti. Mona yang sedari tadi sedang leka telah terperasankan kehadirannya di situ. Babat mula cuak. Dikerling anak matanya ke arah Oleng yang masih menunggu di atas bukit. Kemudian Babat berpaling semula pada Mona dengan sebuah senyuman yang paling sukar untuk dia lirikkan oleh kerana dia terlalu gugup.
Gadis manis bernama Mona itu pula mematung seolah-olah terkejut dan kaget. Untuk seketika pandangan di antara keduanya saling bertaut erat. Babat memberanikan diri. Sekuntum bunga raya di tangannya mula ditunjukkan ke arah gadis itu bersama sebuah sengihan. Baru sahaja Babat berniat untuk datang lebih dekat, satu suara sergahan seorang lelaki mengejutkan Babat dan memaksa dirinya untuk segera berundur.
"Puas hati kau sekarang? Itu yang kau hendakkan?" soal Oleng pada Babat ketika sama-sama berlari menjauhi rumah Mona dan menuju ke tebing sungai.
"Ah! Aku tahu Mona terkejut tapi dalam masa yang sama terharu dengan tindakan berani aku tadi," jawab Babat termengah-mengah.
"Entah macam mana lagi aku nak pujuk kau, aku pun tak tahu! Suka hati engkaulah, Bat! Tapi aku yakin perempuan yang kau panggil Mona tu takkan terima cinta gila kau ni," bebel Oleng.
"Baik, kau tunggu saja jawapan dai Mona nanti. Kau yakin yang dia takkan terima tapi aku lebih yakin bahawa cinta tak pernah menilai darjat. Memang kita tak setaraf tapi itu bukan alasan untuk dua makhluk Tuhan bercinta dan berkasih-kasihan. Mona akan datang nanti dan menjawab segala tohmahan buruk kau. Aku yakin!" tegas Babat.
Babat memang yakin berdasarkan naluri dan penilaiannya terhadap Mona sewaktu mereka bertemu pandang sebentar tadi. Oleng pula yakin bahawa mereka berdua tidak sekali-kali akan menjadi pasangan kekasih. Lalu kedua-dua pelarian itu berhenti di tepi sungai di sebelah sebatang jalan yang tak berapa jauh dari rumah Mona. Menunggu dan terus menunggu sebuah jawapan.
Lenggang Mona memunculkan diri di ufuk jalan kian menghampiri. Babat memerhati dengan perasaan berbunga-bunga. Oleng yang berada berhampiran pula menggeleng-gelengkan kepala. Ah! Persetankan itu semua! Babat tahu Oleng cemburu. Tatkala wangian dari tubuh badan Mona terlebih dahulu menerjah rongga hidung sebelum tubuh Mona sendiri tiba, perasaan Babat semakin disuluh cahaya kegembiraan.
"Ambil balik bunga ni! Gatal! Miang!" herdik Mona sebaik sahaja berdiri berhadapan dengan dirinya.
"Kau ingat dengan bunga ni kau boleh mengurat aku? Tak sedar diri! Monyet!" tambah Mona lagi mencederakan hati Babat dengan parah.
Mona kemudiannya melangkah deras dari situ dan meninggalkan Babat tercatuk tanpa mampu memberikan apa-apa reaksi. Terdengar suara Oleng mengetawakan dirinya sambil melompat-lompat kegembiraan seperti sedang meraikan penghinaan yang berlaku ke atas dirinya. Bergema suara Oleng menghiasi persekitaran.
Kecewa hati Babat tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sekali lagi Babat memerhatikan lenggang Mona berjalan dari kejauhan. Bezanya kali ini lenggang Mona semakin menjauhi dari menghampiri dirinya.
Sedarlah Babat kini bahawa Mona tak mungkin akan menerima dirinya. Mona seorang manusia rupawan yang memilih harta sedangkan Oleng dan dirinya, hanyalah cimpanzi liar di hutan belantara.
- Majalah Apo isu 275 15 Jun 2010

Last edited: