BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Memori hanya enam jam

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,238
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,238
Reaction score
99
Points
40

DANIEL dan bekas pasangannya, Katharina. FOTO AGENSI



Berlin: Bagaikan plot cerita di dalam filem, seorang lelaki kini hanya mempunyai memori selama enam jam, kesan kemalangan enam tahun lalu.
Daniel Smith mengalami kecederaan otak yang serius menyebabkan dia hanya mempunyai memori dalam tempoh itu saja, lapor India Times.
Dia kini terpaksa menjalani fisioterapi intensif dan terapi pertuturan untuk kembali ke kehidupan lamanya namun ingatannya tidak lagi seperti sebelum kemalangan itu.
Daniel hanya mampu mengingati sesuatu selama enam jam sahaja dan jika dia tidak mencatatkan tempat-tempat yang pernah dilawatinya serta mereka yang ditemuinya, maka dia tidak mengingatinya selepas tempoh itu.
"Ia bukan perkara biasa yang saya lakukan dan itulah sebabnya saya melihat hari itu secara positif," kata Daniel dalam dokumentari Living without Memory.

Dia mendapat tahu daripada catatannya bahawa dia akan berjumpa kakaknya pada hari kemalangan itu.

"Saya berada di lebuh raya. Terdapat kesesakan lalu lintas dan saya berada di belakang.
"Sebuah kereta tujuh tempat duduk datang dari belakang dan pemandunya tidak nampak kesesakan itu.
"Dia melanggar saya pada kelajuan lebih 80 kilometer sejam, ramai yang cedera dan saya dihantar ke hospital kerana mengalami kecederaan otak yang serius yang dipanggil TBI tahap tiga," katanya.
Kini, akibat kemalangan itu, Daniel terpaksa menyimpan diari yang terperinci bagi membantunya meneruskan kehidupan.
Kejadian itu juga memberi kesan kepada hubungan dengan rakan-rakannya kerana dia tidak lagi mengingati mereka.
Apabila bertemu bekas pasangannya Katharina, dia memberitahunya mengenai kemalangan itu dan berkata bahawa mereka perlu berhubung setiap tiga hari.
Jika tidak, dia akan terlupa mengenai wanita itu.
"Saya perlu menghubunginya selewat-lewatnya pada hari ketiga. Saya perlu mendengar suaranya atau kami perlu bercakap, dan lebih-lebih lagi, berjumpa antara satu sama lain. Jika tidak, ia seperti bertemu dengannya untuk kali pertama," katanya.
Beberapa tahun lalu, ketika Daniel dan Katharina mempunyai bayi lelaki, ia memberikan lebih banyak cabaran termasuk dia tidak ingat anaknya membesar.
"Saya tidak ingat kelahiran anak saya dan itu benar-benar mengerikan," katanya.
Dia kini mendedikasikan hidupnya untuk membantu orang yang mempunyai keadaan yang sama.

 
Kenapa nak jumpa ex tu lagi. 3 hari sekali la

Biar lupa terus jela
 
Back
Top
Log in Register