BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Memohon Derma Untuk Masjid

ilhamic

Super Active Member
Messages
7,370
Joined
Dec 13, 2009
Messages
7,370
Reaction score
52
Points
70
Assalamualaikum...

Terlebih dahulu saya(Mohd Ilham Rusli) mohon maaf, jika tersalah thread dan saya tidak tahu, samada boleh atau tidak untuk publish berkaitan ini dalam forum CG.

Niat saya hanya untuk membantu mendapatkan dermawan dan jutawan, samada dari warganegara Carigold atau tetamu CG.

"Dan dirikan solat,berikan zakat dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik(Ikhlas). Dan (Ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu,tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah sebagai balasan yang amat besar pahalanya"
(Al-Muzammail:20)


InsyaAllah, semoga sedikit bantuan ini dapatlah pihak sekolah (Maahad Amir Indra Petra) mendirikan sebuah Masjid dua tingkat. Untuk keluasan detail, saya tak pasti nanti tanya balik my dad(nanti update), yg kerja disekolah ini juga.

Untuk pengetahuan, masjid ini bakal digunakan oleh hampir 2 ribu pelajar maahad, termasuk para guru/staff dan kepada penduduk sekitar.

Masjid yang sedia ada dengan keluasan lantai 1440 kaki persegi tidak lagi mampu menampung bilangan warga MAIP.

Pembinaan masjid dua tingkat ini akan dibuat ditapak asal masjid MAIP berukuran 100X60' dengan keluasan lantai 12K persegi. Kerja-kerja pembinaan akan dibuat melalui kaedah kontrak upah.

Masjid baru ini dianggarkan bernilai RM 900,000.00. Disebabkan MAIP tidak memiliki dana yang mencukupi maka kami memohon jasa baik dan keprihatinan Tuan/Puan untuk sama-sama menyumbangkan derma bagi menyiapkan masjid ini.

Jika terdapat mana-mana individu dan syarikat/ organisasi yang ingin menyumbang/ menderma/ tunaikan zakat/ melalui bankin, transfer, cheque dll boleh berbuat demikian dengan menyalurkan kepada No. Akaun yang tertera pada gambar dibawah.

Sumbangan dalam bentuk fizikal juga diterima(jika tak silap), contoh seperti kayu, batu, simen. Senang kata, perkakasan pembinaan bangunan dan bahan binaan.

Kepada dermawan dan jutawan yang berasal dari Kelantan boleh terus melawat tapak di alamat penuh;

MAAHAD AMIR INDRA PETRA
Beris Kubor Besar,
16350, Bachok, Kelantan

Phone: 09-7649392
Fax: 09-7649899

masjid-maahad.jpg


Laman Web Maahad Ini:
http://www.maip.yik.edu.my/

Jika ada sebarang kemusykilan boleh hubungi saya di 0.1.7.9.3.3.7.7.8.4(mohd Ilham) atau no telefon dalam gambar diatas.


p/s: jika menghendaki surat rasmi untuk memohon derma/pelepasan cukai, sila hubungi pejabat maahad tersebut..

p/s/s: InsyaAllah, dlm ms terdekat sy akan turun padang untuk 'shoot' gambar terkini dan akan upload gambar surau/masjid yang sedia ada..


Segala Sumbangan yang akan pihak tuan/puan berikan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.



UPDATED 09/02/12:-

QIbWf.jpg

Transfer Melalui Kaedah Online Banking

JVYuy.jpg

Lewat Petang Tadi Saya Singgah Sekejap Ambil Gambar
 
Last edited:
insyallah akan di tunaikan.
 
Alhamdulilah... bersama kita invest untuk pelaburan diakhirat nanti..
yang boleh menjadi saksi kepada amalan kita.. Amin...
 
ni ikut suka berapa nk sumbang kan??..parking dulu
 
Back
Top
Log in Register