BTC USD 85,450.0 Gold USD 4,208.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Memelihara Anjing !!!!!!

satu petua kot kena kejar anjing cuba jerkah balik anjing tu dengan sebut nama raja anjing iaitu qitmir iaitu anjng ashabul kahfi insyaallah anjing akan ketakutan tak caya buat aku dah penah buat siap lari lintang pukang lagi anjing tu

hehehhehehe
 
konpius gak aku ni.... lepas main samak.. lepas main samak.. lepas samak main...:-?:-?:-?
 
tu yg buat letih tu,asyik nak samak jerk......:)
 
macam tu plak kan..satu info bagus nie
 
Hukum Membela Anjing Sebagai Binatang Peliharaan
Mufti Sheikh Ahmad Kutty

Terjemahan Isi:

Anjing boleh dibela untuk tujuan-tujuan yang berikut:

1. Anjing yang dilatih (anjing terlatih) untuk kerja-kerja memburu. Harus diingat, Islam hanya membenarkan pemburuan untuk mendapatkan makanan; bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok-seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka.

2. Membela anjing terlatih sebagai jurupandu. Ini mungkin diperlukan oleh orang yang buta dan mungkin orang itu perlu memelihara anjing untuk memberi khidmat yang diperlukannya. Dalam hal itu, orang itu dibenarkan memelihara anjing di dalam rumah apabila anjing itu telah dilatih untuk menjalankan khidmat berkenaan, tetapi masih tetap disyorkan supaya anjing itu ditempatkan di tempatnya sendiri/secara berasingan daripada tuannya .

3. Anjing terlatih untuk kegunaan tugas-tugas kepolisian.
4. Anjing terlatih untuk menjaga rumah atau harta.
5. Anjing terlatih untuk digunakan oleh penternak/peladang untuk kerja-kerja menggembala kambing/lembu.

Bagaimanapun kita tidak dibenarkan memiliki/membela anjing sebagai binatang peliharaan oleh sebab anjing bukanlah binatang yang begitu bersih. Kita sendiri sering melihat bagaimana anjing menjilat-jilat najisnya sendiri. Tentulah menjijikkan kalau kita kemudiannya melihat tuan punya anjing berkenaan mencium mulut anjing tersebut setelah berlakunya insiden berkenaan seolah-olah tidak ada apa-apa perkara yang berlaku. Fikirkanlah berapa banyak kuman yang mungkin bersembunyi di dalam mulut mereka (mulut anjing dan mulut pemelihara yang mencium anjing itu).

Nabi saw mengingatkan kita supaya tidak dicemari kotoran semacam itu apabila baginda memerintahkan supaya kita menghindari air liur anjing. Kalau ditakdirkan kita tersentuh juga dengan air liur anjing, maka kita dikehendaki menyamak tempat yang terkena air liur berkenaan dengan tujuh bilasan air dan basuhan yang pertama mestilah dengan pasir atau tanah. Juga, boleh menggunakan sabun anti bakteria sebagai ganti tanah atau pasir berkenaan.


Sebagai kesimpulan: Jangan bercita-cita dan berfikir-fikir untuk menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan anda. Bagaimanapun , jika anda memang benar-benar memerlukan seekor anjing untuk tugas-tugas yang dinyatakan di atas, anda boleh berbuat demikian, tetapi anda mestilah pastikan dan segenap langkah mestilah diambil supaya tidak menyentuh air liurnya, dan anjing berkenaan seharusnya mempunyai tempat tinggal di tempat berasingan.

THANX...GUD INFO BRO..BARU AKU TAU


kimi+boku = L.O.V.E​
 
yes.. sapa2 yang lebih arif ni.. mintak perjelaskan. terima kasih. untuk pengetahuan semua. :)
Aku ada terbaca tentang sabun Taharah ni. kegunaannya pun untuk bersamak. aku rasa jauh lebih baik dari sabun Dettol kot? :)
sabun.jpg


Faedahnya;
1. Kegunaan untuk bersamak.
2. Mengandungi Vitamin A, C dan E.
3. Sabun Taharah ini mempunyai kandungan mineral dan zat galian secara semulajadi seperti
magnesium,sodium, kalsium dan potassium yang memberi kecantikan dan kesihatan pada kulit kita
4. Mengandungi minyak zaitun yang memberi daya kelambapan yang sempurna amat sesuai untuk semua jenis
kulit bagi semua peringkat usia untuk kecantikan dan kesihatan diri
5. Mencerahkan, Menghaluskan dan Melembapkan kulit.
6. Menghilangkan bau badan dan kotoran.
7. Menghilangkan penyakit kulit seperti panau, kurap, kudis, ruam, gatal-gatal, kulit kering, kelemumur
serta rekahan tumit kaki.Zat, vitamin dan mineral yang terkandung boleh menghilangkan jerawat, bintik-
bintik hitam (jeragat), mengurangkan garis-garis penuaan, kedutan pada muka dan memberi kesegaran yang
berpanjangan.
8. Serbaguna untuk basuhan sayuran, barang kemas, basuhan baju dan lain-lain.

Haa... boleh simpan kat umah satu, dalam keta satu, kat bangsal kebun satu, tempat keja satu dan macam2 satu lagi..
share info untuk semua...
 
Last edited:
yang mana teringin nak bela anjing tu utk suka 2 bela kucing je ,kucing pun nak habis kurang dgn anjing
 
Back
Top
Log in Register