BTC USD 84,364.2 Gold USD 4,140.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Membunuh Ular

alsar

Active+ Member
Messages
2,707
Joined
Aug 18, 2009
Messages
2,707
Reaction score
228
Points
38
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَتْلِ ذِي الطُّفْيَتَيْنِ فَإِنَّهُ يَلْتَمِسُ الْبَصَرَ وَيُصِيبُ الْحَبَلَ​

A'isha reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) commanded the killing of a snake having stripes over it, for it affects eyesight and miscarries pregnancy.

Hadis Aisyah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w menyuruh supaya membunuh ular kerana binatang tersebut boleh membutakan pandangan mata dan mencelakakan kandungan.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SALAM
BAB : Membunuh Ular Dan Selainnya

Fakta Sokongan

Terjemahan Sahih Muslim

Kitab : KITAB SALAM

Bab : Bab Membunuh Ular Dan Selainnya

4139. Hadis Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w menyuruh supaya membunuh ular kerana binatang tersebut boleh membutakan pandangan mata dan mencelakakan kandungan.

4140. Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Bunuhlah ular-ular berbisa dan ular-ular yang jahat kerana keduanya boleh menggugurkan kandungan dan membutakan pandangan mata.

4148. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Kami pernah bersama Nabi s.a.w di dalam sebuah gua. Di dalam gua tersebut, Allah berfirman kepada baginda: Demi Malaikat-malaikat yang diutus untuk membawa kebaikan. Kami berhasrat untuk mengambil buah kurma yang berada di depan gua tersebut, tiba-tiba keluar seekor ular. Nabi s.a.w bersabda: Bunuhlah ular itu. Kami bergegas untuk membunuhnya, namun ular tersebut sangat pantas sehingga terlepas. Rasulullah s.a.w kemudian bersabda: Rupanya Allah telah melindunginya dari kejahatan kamu, sebagaimana Allah telah melindungi kamu dari kejahatannya.

Last edited:
ermm..kasi detai cikit TT..x fhm..la...
 
boleh bunuh le kirenya kot...sbb ular membahaya..
 
Back
Top
Log in Register