BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Membeli barangan cetak rompak

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
Berkenaan hukum memuat turun lagu - lagu , filem dari internet atau membeli barang - barang cetak rompak yang bukan dari sumber yang asli?

Kedudukan lagu, filem dan barang-barang itu sendiri; adalah harus di sisi Syarak atau tidak? Jika tidak harus (yakni lagu yang hendak dimuat-turun itu senikata atau liriknya bercanggah dengan Syari'at dan begitu juga dengan filem dan barangan/produk), haramlah ia didownloadkan sekalipun dari sumber yang asli/sah. Ini kerana seorang muslim dilarang Syarak mengguna, menyimpan dan memiliki barang-barang yang haram, apatahlagi menjualnya.

Hukum membeli barang cetak rompak; para ulamak dalam Persidangan Fiqh Islam ke 6 yang diadakan di negara Kuwait (1 hingga 6 Jamadil-Awwal 1409 Hijrah) telah memutuskan bahawa; "Hak penulisan, hak cipta dan hak kreativiti adalah terpelihara mengikut Syari'at Islam. Hak-hak itu adalah kepunyaan pemilik-pemiliknya dan tidak harus ia dicerobohi". Oleh demikian, berdasarkan fatwa ini; tidak harus seseorang menjual barang/produk cetak rompak kerana ia dikira menjual barang milik orang lain tanpa keizinannya. Begitu juga tidak harus kita membeli barang cetak rompak kerana hukumnya sama seperti kita membeli barang curi.

Wallahu a'lam.
 
aku baru ingat nak bukak topik macam nih..tapi yg berkaitan ngn barang2 spt perhiasan,pakaian yg mana dikatakan spt gred A,AA dan AAA..harap sesiapa yg lebih arif bab nih tlg perjelaskan..

p/s-kadang2 kita lupa@ xperasan dlm hidup kita nih ada berlaku kekhilafan..
 
Back
Top
Log in Register