BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Membazir amalan syaitan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
AL-QURAN mengungkap kalimah “ikhwan syayathin” (saudara syaitan), bila menyentuh soal pembaziran.

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN​

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]

Apa yg setan bazirkan tu?
Setan pun keje dpt duit ke
Dia pun kaki shopping ke

sila bincang kan 😂
 
AL-QURAN mengungkap kalimah “ikhwan syayathin” (saudara syaitan), bila menyentuh soal pembaziran.

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN​

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]

Apa yg setan bazirkan tu?
Setan pun keje dpt duit ke
Dia pun kaki shopping ke

sila bincang kan 😂
pendpt peribadi sy, terdpt 3 penjlsan bg ayat nih, i.e....
  1. sblm iblis engkar kpd perintah qjjl SWT spy "sujud" kpd Nabi Adam AS...

    iblis adalah makhluk yg plg byk beribadat & patuh kpd-Nya...

    slps kejadian tersbt maka jd lah iblis makhluk yg tlh membazirkan & mensia2kan...

    segala amal kebaikan yg pernah dilakukan olehnya sblm itu...

  2. iblis & syaitan membazirkan anugerah usia yg pjg dr qjjl SWT dgn tujuan semata2 utk menyesatkan manusia...

    adalah lbh elok jika mrk menggunakan anugerah tersbt utk bertaubat kpd qjjl SWT...

    spt yg ditunjukkan oleh Nabi Adam AS slps diturunkan kebumi & Nabi Yunus AS semasa di dlm perut ikan...

  3. membazir adalah perbuatan yg dilrg oleh qjjl SWT maka sesiapa yg engkar perintah-Nya...

    bermaksud mrk tlh mengikut hasutan syaitan & secara x lgsg bersaudara dgn mrk...
mgkn pendpt sy krg tepat, kpd yg lbh arif, mgkn blh tlg betulkan...

wallahua'lam...
 
Last edited:
Syaitan itu adalah manusia sendiri
Mubin/nyata

01913-ADB-EBD3-4932-B010-5-D91-D9-FE2594.jpg


Bukan kah manusia sentiasa dlm keadaan kerugian
 
Membazir sahabat syaitan

Salah satu sifat negatif yang sangat ketara pada umat Islam pada bulan Ramadan ialah sifat membazir. Termasuklah membazir wang dan makanan. Jumlah makanan yang dibuang pada bulan Ramadan semakin meningkat. Berduyun-duyun umat Islam pergi bazar Ramadan dengan membelanjakan wang berlebihan untuk membeli pelbagai juadah yang akhirnya makanan tersebut tidak dapat dihabiskan . Allah melarang keras amalan melakukan pembaziran. Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 26-27 :

وَءَاتِ ذَا ٱلْقُرْبَىٰ حَقَّهُۥ وَٱلْمِسْكِينَ وَٱبْنَ ٱلسَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا) ٢٦ (إِنَّ ٱلْمُبَذِّرِينَ كَانُوٓا۟ إِخْوَٰنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ وَكَانَ ٱلشَّيْطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورًۭا ٢٧

Maksudnya: Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan Janganlah kamu membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
(Al-Isra’: 26-27)


Pengajaran ayat :

1. Ibnu Mas’ud mengatakan bahwa istilah tabzir (تبذر) bermaksud membelanjakan harta bukan pada jalan yang benar. Manakala Qatadah mengatakan, tabzir adalah membelanjakan harta di jalan maksiat kepada Allah, jalan yang tidak benar, serta untuk kerosakan.

2. Jangan boros dalam membelanjakan harta. Pembaziran atau pemborosan merupakan sifat yang tergolong dalam sifat berlebih-Iebihan atau melampaui batas. Sifat ini keji oleh Allah.

3. Rasulullah pernah menasihat sahabat yang sedang berwuduk . Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash RA, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ مَرَّ بِسَعْدٍ وَهُوَ يَتَوَضَّأُ فَقَالَ ‏”‏ مَا هَذَا السَّرَفُ ‏”‏ ‏.‏ فَقَالَ أَفِي الْوُضُوءِ إِسْرَافٌ قَالَ ‏”‏ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهَرٍ جَارٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W lalu di suatu kawasan dan melihat Sa’ad sedang berwuduk, lalu baginda bersabda: “Kenapakah israf (berlebihan) ini ?” Maka Sa’ad menjawab: Adakah pada wuduk juga terdapat israf ? Lalu baginda menjawab: “Ya, sekalipun kamu berada di sungai yang mengalir”


4. Bagaimanakah cara kita hendak mengelakkan diri dari melakukan pembaziran? Antara amalan yang boleh dibuat ialah memasak makanan sendiri di rumah , membuat anggaran belanja makanan harian serta makan makanan yang sihat , seimbang serta berkhasiat. Sekiranya kita oleh berdisiplin mematuhi diet pemakanan seperti yang dianjurkan oleh pakar pemakanan, kita akan selamat dari melakukan pembaziran.

Ayuh, mari kita bangunkan jiwa takwa dengan mengawal nafsu makan yang melampau agar kita lebih fokus untuk menambah pelbagai amal ibadah seperti membanyakkan solat sunat, berzikir , tilawah al-Quran dan lain-lain lagi. Pasakkan dalam hati kita bahawa kita tidak mahu berkawan dengan syaitan yang suka menyesatkan manusia.

 
Back
Top
Log in Register