BTC USD 84,415.0 Gold USD 4,153.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Membantu orang yang sedang "NAZAK"

atilia

Fun Poster
Messages
174
Joined
Jun 5, 2006
Messages
174
Reaction score
21
Points
15
Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam
'membantu'
seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita
akan
mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca
surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah
dengan
tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan
menjadikan orang yang
tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz
sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran
perbuatan kita
di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi
tajwid) untuk
membaca surah Yasin- yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara
terdekat
yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca
untuk
menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca
boleh
membantu pencabutan nyawa beliau.

iv.Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan
menolong
(menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah,
berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila ha
illallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang
terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam
'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi
sakaratul maut.
Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm
membuat amal
kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan
adat. Amiin.


Wassalam.
 
Saya pernah Membantu orang yang sedang "NAZAK". Antara tindakan yang saya lakukan ketika itu ialah:

1) Mengarahkan beberapa orang yang saya yakin sebutan bacaan Al-Quran untuk baca surah Yasin dengan tartil

2) Saya duduk disebelah kanan dan genggam sedikit kuat tangannya

3) mulut saya didekatkan ke telinga kanan dan terus membisikkan kalimah LA... ILA.. HA ILLALLAH.... (menyebut dengan jelas satu persatu huruf dan mengulangi sehingga habis nyawa dicabut)

Saya juga menyelitkan kalimah ALLAH... ALLAH... ALLAH... kerana saya dapat perhatikan kalimah ALLAH mudah untuk si dia menyebut.

Wallahu a'lam. Sekadar berkongsi pengalaman :)
 
Back
Top
Log in Register