BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Meletakkan lambang pada diri anda

Melancong 48

Fun Poster
Messages
334
Joined
Jul 30, 2009
Messages
334
Reaction score
9
Points
15
Adat memberi salam sesama Muslim adalah satu yang dimestikan sapertimana yang dituntut oleh Islam.Seperkara yang hendak dinyatakan di sini ialah di mana terdapat di negara India perkara yang demikian tidak akan berlaku melainkan seseorang individu itu meletakkan label keatas dirinya.Bagaimana ia hendak dikenali sebagai seorang Islam jika tiada unsur-unsur keIslaman pada dirinya.Kanak-kanak tidak akan mengucapkan salam kepada orang yang lebih tua daripadanya atas sebab tiada label yang dipamerkan.Oleh itu hendaklah dibiasakan di India seseorang lelaki Muslim memakai kopiah atau ketayap sebagai salah satu lambang (label).Insyaallah dengan berbuat demikian anda akan menerima salam serta menjawabnya dan setiap pergerakan akan menjadi lebih teratur dengan kemurnian agama Islam walaupun di mana anda berada.Oleh itu janganlah merasa malu untuk memakainya.Quote "A LABEL IS AN INTENT" Wassallam.
 
Last edited:
Lambang dari segi pemakaian sahaja tidak memadai.Lebih dari itu,lambang sebagai Muslim sejati mesti dizahirkan dalam kehidupan seharian.

Nabi adalah sebagai contoh yang terbaik untuk mempelajari akhlak-akhlak mulia yang akan melambangkan diri kita sebagai Muslim sejati yang berakhlak mulia.
 
Sebagai umat kepada Junjungan Nabi SAW tidak dapat kita nafikan atas keperibadian Baginda.Cuma disini kita menonjolkan bukan untuk menunjuk2 tetapi adalah kenyataan yang sebenar dewasa ini.Di tanah air kita sendiri kadangkala seorang Muslim tidak dapat memberi salam walau berselisih bahu sesama Muslim kenapa ini boleh terjadi..satu persoalan yang perlu mendapat jawapan dan perkara pernah berlaku.Bukan kita hendak menuduh tetapi ini adalah kenyataan.Jadi perkara demikian tidak berlaku di negara India sebagai contoh memakai kopiah atau ketayap adalah satu kemestian melambangkan ia adalah seorang Muslim.Tidak perlu pertanyaan "TUM MUSALMAN?"jika di sana.Setiap perlakuan itu adalah dengan niat jika ianya baik atau disebaliknya dan sama2 kita renungkan.Wassallam.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register