eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
ALOR SETAR - Seorang warga emas melecur 70 peratus badan dan mukanya ketika dia mahu menjerang air menggunakan dapur kayu di sebuah rumah di Kampung Keda-Kampung Belukar, Kuala Nerang dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 6 petang, Saadin Ishak, 75, yang tinggal bersendirian mahu memasak air sebagai persiapan untuk berbuka puasa.
Kejadian itu berlaku apabila minyak tanah yang dipegang Saadin tertumpah ke atas dapur kayu itu menyebabkan api marak lalu menyambar muka dan badan mangsa.
Saadin yang panik terus rebah dan dia kemudian dibantu oleh jiran-jiran yang menyedari kejadian tersebut.
Jiran-jiran menghantar Saadin ke Hospital Kuala Nerang sebelum beliau dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)