virus21
Fun Poster
- Messages
- 237
- Joined
- May 25, 2011
- Messages
- 237
- Reaction score
- 0
- Points
- 10
Salam..
Sempena bulan kemerdekaan ni apa kata kita renung sejenak sejarah lampau negara menjelang Merdeka & Aidilfitri.
Dahulu negara dijajah oleh beberapa bangsa luar sebelum negara mendapat Kemerdekaan. Pahit getir pengorbanan pahlawan kita terdahulu amatlah membanggakan kita pada generasi kini. Namun,info & fakta yang didedahkan pada kita tidak secara keseluruhannya dan membangkitkan persoalan pada hari ini.
Acap kali kita menonton filem seram melayu yg ditayangkan di pawagam yang mana terdapat ilmu santau,pukau,pemujaan dan lain2. Unsur seram dan menakutkan yang diselitkan mampu membuatkan sesetengah kanak-kanak menutup mata dan ada yang menangis. Persoalannya di sini adalah, kenapa pahlawan-pahlawan kita terdahulu tidak santau sahaja penjajah-penjajah luar pada zaman tersebut?Sedangkan pada realitinya kita sendiri lihat Melayu sesama Melayu menggunakan santau pada bangsa sendiri jika ada perasaan sakit hati atau cemburu di dalam diri. Kita sedia maklum bahawa datuk nenek moyang kita memang kuat dalam ilmu berkaitan,kenapa mereka tidak gunakan kehebatan mereka kepada penjajah luar pada masa tersebut?
Mungkin kita boleh kaitkan isu tersebut dengan rasuah. Siapa sangka bukan? Dalam filem Sarjan Hasan,karya dan lakonan P.Ramlee ada diselitkan sikap tamak bangsa melayu yang menjadi anjing penjajah kerana sikap tamakkan pangkat dan wang.Mungkin disebabkan ini Melayu menjadi lemah dan negara lambat mencapai kemerdekaan pada masa tersebut. Jika kita fikirkan semula,kita sememangnya belum lagi mencapai kemerdekaan. Sememangnya tanggal 31 Ogos amat dinantikan,tapi anda tanyalah apa erti kemerdekaan pada remaja belia kini. Tercungap-cungap hendak menjawab. Tapi bila ditanya program 31 Ogos? Zina,parti alkohol,seks bebas,merempit dan sebagainya. Itulah yang tersemat dalam fikiran mereka. Sama-samalah kita fikir,renungkan dan ubatilah penyakit ini..
Maaf jika ada kata-kata yang tidak menyenangkan mahupun terguris hati kalian. Selamat berpuasa,Selamat menyambut kemerdekaan dan Salam Aidilfitri..