BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melaka tumpuan pelabur India

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Badrul Hisham (empat, kanan) bersama pengurusan Prathista Industries.


MELAKA menjadi negeri pertama di negara ini yang terpilih bagi pelaburan berasaskan bahan organik oleh syarikat berpusat di India, Prathista Industries Limited (Prathista) dengan kerjasama Melaka Biotechnology Corporation (Melaka Biotech).

Prathista akan menggunakan kemudahan penyelidikan fermentasi bagi mengaplikasikan teknologi inovatif dan mengkomersilkan penghasilan makanan tambahan bagi haiwan ternakan menggunakan baja organik bergranul yang dihasilkan berasaskan tanah liat tempatan bagi jangka masa satu tahun ke hadapan.

"Projek ini berasaskan konsep pencemaran sifar dan mesra alam kerana tiada kemudaratan penggunaan bahan kimia dalam proses pembuatannya.

"Pemilihan Melaka sebagai penubuhan kilang tersebut berdasarkan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan konsep hijau selain prasarana lengkap bagi penubuhan kilang organik," menurut Melaka Biotech dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut kenyataan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Biotech, Badrul Hisham Badrudin mengadakan lawatan ke kilang pemprosesan bahan organik Prathista minggu lalu untuk melihat sendiri aktiviti kilang pemprosesan pelbagai produk organik berasaskan bioteknologi yang menghasilkan pelbagai baja organik serta produk makanan tambahan bagi haiwan ternakan seperti ikan, lembu dan ayam.

Pratishta adalah penghasil baja fermentasi organik terbesar di Asia dan memiliki operasi di Afrika, Amerika Utara serta Asia dengan kapasiti penghasilan baja sehingga 1.25 juta tan sebulan yang dieksport ke 17 negara.
 
Back
Top
Log in Register