eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
MELAKA - Pulau Upeh di sini akan dibangunkan sebagai pusat pendaratan penyu karah seterusnya menjadi destinasi pelancongan terbaru di Melaka.">
Untuk tujuan itu, kerajaan negeri telah membeli semula pulau itu daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada harga RM6.5 juta.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri terpaksa berbuat demikian setelah TNB tidak dapat membangunkan pulau tersebut.
"Pulau Upeh sebelum ini dijual kepada TNB dengan harga RM7 juta untuk dijadikan pusat latihan agensi tersebut namun sehingga kini ia tidak dilaksanakan.
"Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan untuk membeli semula Pulau Upeh dan dibangunkan sebagai pusat pelancongan paling menarik di Melaka," katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan TNB di sini semalam.
Mohd. Ali mewakili kerajaan negeri manakala TNB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.
"Pulau Upeh yang mempunyai keluasan pembangunan kira-kira 1.8 hektar mengandungi 120 calet lama dan ia akan dibaik pulih termasuk membina calet baru," kata Mohd. Ali lagi.
Menurutnya, Pulau Upeh dijangka dibuka kepada pelancong awal tahun depan dan pengunjung boleh ke sana menaiki bot di muara Sungai Melaka atau di Klebang.