BTC USD 81,835.4 Gold USD 4,083.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melacur Dalam Hutan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,842
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,842
Reaction score
7,756
Points
916
24.04.2019 - Gelang Patah, Hanya beralaskan tikar dan diterangi lampu telefon bimbit. Itulah aktiviti berunsurkan pelacuran di bawah pokok dikesan Polis Daerah Iskandar Puteri dalam kawasan hutan dekat Kampung Pok Besar, Tanjung Kupang di Gelang Petah, semalam.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar kira-kira 9 malam tadi apabila polis melakukan serbuan dan tangkapan di kawasan hutan itu yang disyaki menjadi lubuk aktiviti berunsurkan pelacuran dipercayai aktif sejak kira-kira sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 35 tahun yang tidak mempunyai pasport kerana disyaki bertindak sebagai penjaga sarang maksiat itu.

Katanya, dua wanita warga Indonesia yang masing-masing berusia 40 dan 34 tahun turut ditahan dalam serbuan itu.

“Ketika tangkapan dibuat, kita turut merampas dua gulung tisu, dua botol minyak disyaki minyak pelincir dan wang tunai RM100,” katanya.

Hasil siasatan awal, beliau berkata, sasaran pelanggan kumpulan itu adalah pekerja warga asing di kawasan berkenaan dengan mengenakan harga servis serendah RM50.

Katanya, waktu beroperasi kumpulan itu adalah antara 8 malam hingga 1 pagi.

“Kita menahan mereka bagi menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan, Seksyen 372B kanun sama dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Hiasan_sundal_1556077409.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/448224/dalam-hutan-pun-boleh-melacur
 
tu dia rm50... tokey makan berapa klu cas rm50

ingat melayu tadi
 
Last edited:
pelacur byk skrg ni target dia sbb limpahan pekerja warga asing je kat negara ni ...
kat kawasan pinggir bandar area byk warga asing kadang tgk PATI seberang siap ada yg bergaduh dgn kawan sbb xnak kasi lepas ...
pakai main minggu punya kot ... #:-S
 
kena gigit nyamok la main dlm semak.
 
Ni kalau ada kes gini selain polis daerah kita nak report sapa nie...

Port2 mcm ni byk area pinggir kampung.. biasa belakang kedai makan karaoke...
 
Tak kena ganggu plak penunggu hutan ek.
Dorang sokong agaknya aktiviti ni.
"Tumpang lalu cucu nak melacor"
 
Back
Top
Log in Register