BTC USD 83,375.1 Gold USD 4,168.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melabur dalam property

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya rasa seronok bila melihat ramai yang ngin menceburkan diri di dlaam bidang pelaburan hartanah. Semakin hari semakain rancak perbincangan tentang pelaburan ini.

Sebenarnya saya telah menceburkan diri di dalam bidang pelaburan hartanah selama 15 tahun dan saya rasa saya boleh berkongsi pengalaman di dalam pelaburan ini. Walaupun hanya baru 5 tahun saya menjalankan perniagaan sendiri yang berkaitan dengan bidang hartanah ini, tetapi saya telah bekerja dengan syarikat pemaju lebih 10 tahun.

Boleh dikatakan sesiapa yang ingin menceburkan diri di dalam pelaburan ini (di Malaysia) perlu mempunyai beberapa perkara. Jika tidak ada kriteria ini maka boleh dikatakan seseorang itu akan mempunyai kesusahan untuk menceburi bidang ini.

Memang tedapat pelbagai rujukan di dalam kaedah pelaburan hartanah. Malangnya boleh dikira dengan jari sahaja rujukan yang terdapat di dalam pasaran atau di rak-rak buku yang boleh kita gunakan di Malaysia.

Antara kriteria yang amat penting adalah DUIT. maklumlah semua pelaburan bermula dengan DUIT. Terdapat dua sahaja cara untuk mendapatkan modal iaitu duit sendiri atau pinjaman. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi secara terus dengan individu ataupun bank.

Boleh dikatakan kebanyakan kita perlukan bank bagi mendapatkan modal. Saya juga secara peribadi amat susah untuk mendapatkan pinjaman daripada bank selepas saya menceburkan diri di dalam perniagaan sendiri. Semasa saya bekerja, maklumlah dah jawatan Pengurus Besar, hantar aje permohonan, 24 jam lulus. itu 5 tahun lepas. Lepas berhenti, semua hilang sebab bank kata risiko tinggi. padahal 10 tahun lebih saya yang buat proposal untuk property development and investment dan diluluskan oleh bank yang sama!!! Bukan kecik punye proposal, paling kecik RM150 juta. Ada di Malaysia dan ada di Australia. Tapi bila kerja sendiri bank kata risiko tinggi. Lawak betul...
Ok balik kepada pelaburan hartanah. seperti yg saya katakan tadi bank amatlah penting. Oleh itu jika seseorang mempunyai kredibiliti denagan bank, maka ia lebih mudah untuk menceburi pelaburan ini. Terdapat beberapa kaedah yang boleh diketengahkan lagi seperti pinjaman koperasi dll. Saya lebih suka jika kita peruntukkan satu waktu untuk membicarakan hal ini denagan lebih lanjut dan terperinci.

Faktor yang kedua adalah jenis pelaburan hartanah. Ada beberapa kaedah pelaburan hartanah - beli dan jual, beli dan sewa, bina dan jual, bina dan sewa, pajak dan sewa. Kesemuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kelebihan yang ketara adala dari segi pendapatan dan kekurangan yang ketara adalah risiko dan modal permulaan.

Buat masa ini saya hanya menjalankan pelaburan hartanah yang berunsurkan bina dan jual dan yang terbaru adalah pajak dan sewa.
Pelaburan hartanah yang berunsurkan bina dan jual saya fokuskan kepada hartanah jenis banglo. Bila saya bicara mengenai banglo, ramai yang mengatakan bahawa saya mempunyai modal yang besar seperti memajukan sebidang tanah. Tidak. Saya juga tidak mampu untuk menjadi full fledge developer. Saya juga menggunakan modal dari beberapa sumber seperti individu yang mempunyai kredibiliti dengan bank dan beberapa sumber yang lain. Dikongsi bersama dapat menjana modal yang cukup untuk melakukan pelaburan hartanah. Apa yang saya ingin ketengahkan adalah modal bersama atau perkongsian pintar di antara pelabur-pelabur saya. Perkongsian yang dimaksudkan bukan hanya 2 atau 3 orang. adakalanya mencapai 20 orang. Tetapi semuanya berlandaskan hukum islam (Mudharabah) dan berlandaskan undang-undang negara. Ini perlu dilakukan.

Mungkin sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi saya melalui email dan jika trdapat beberap orang bolehlah kita sembang-sembang di mana mana. Beri saya sedikit masa dan mungkin saya boleh menyediakan beberapa fakta yang boleh dikongsi bersama.

Oo. Saya juga ingin cuba beberapa kaedah pinjaman yang diutarakan oleh sahabat kita di dalam forum carigold ni. mana tau saya boleh mendapat pinjaman yang boleh saya gunakan untuk perniagaan saya.

Salam
 
hmmm... saya berminat gak bisnes camnie...
tap[i mcm maner kita nak beli umah yang baru atau yg lelong untuk wat umah sewa?..
harga umah makin tahun makin mahal... betul tak..
so, x rugi rasanye kalo kita ceburi dlm bisnes nie..

akum bro saya nak tahu ada program yang bagus nak cari exra money yang tidak menipu selain dari invest d bank?
kalau ada apa2 bro tlong emil saya d [email protected]
 
Assalamualaikum & salam perkenalan,

Saya ingin bertanya kepada ahli-ahli CG berkenaan dengan melabur dalam sektor hartanah. Mungkin ahli2 CG yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sektor property dapat memberi sedikit panduan berkenaan dengan urusan jual beli property.

Apa yang bermain difikiran saya adalah kita survey dan membeli hartanah yang telah siap didiami dan kita hanya perlu membayar perbezaan antara sewa bulan dengan bank monthly installment. Sebagai contoh, katakan kita beli apartment yang telh didiami dalam lingkungaan harga 100k, katakan sewa bulanan dalam RM400. Kalau bayaran bulanan kita dengan bank ialah RM500 sebulan, tolak dengan duit sewa RM400, kita hanya perlu membayar RM100 sebulan.
Bagi saya, secara kasar membayar RM100 sebulan untuk property bernilai 100K adalah satu deal yang bagus.

Banyak artikel menceritakan pasal good debt and bad debt. Good debat adalah hutang untuk sesuatu yang akan appreciate nilai/value dia, property adalah satu darinya.

Soalan saya, mungkin ramai ahli CG yang terlibat dalam investment macam ni. Apakah risiko dia, susahkah mencari good property untuk diinvest kat area KL?

Terima Kasih

CB

saya ada satu teknik... beli (cara loan)umah terrace x kira ler single atau double storey... ikut kemampuan... decorate sendiri ngan landscape cantik2(Refer kat majalah ker, tv ker atau sajer round2 kat sample house)... kena keluar modal ler....
make up cantik2... kemudian jual balik pada kadar 20%-30%lebih tinggi... kena kreatif sikit... kmudian pasang papan tanda untuk jual ngan no tipon.... direct, x payah layan broker.... lakukannya dalam tempoh 3 bulan sahaja... beli, decorate dan jual balik.... amacam ok x?
 
Back
Top
Log in Register