Pemilihan jawatan UMNO…‘ON’
Walaupun ada suara-suara dikalangan Badan Perhubungan UMNO Negeri-negeri dan bahagian yang bimbang pada risiko berlaku perpecahan dalam parti…mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO petang Rabu sebulat suara mahu pemilihan jawatan UMNO yang dijadual diadakan tahun ini diteruskan.Jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dianggotai oleh ketiga-tiga Naib Presiden,Setiausaha Agung,Ketua Penerangan dan semua pemimpin sayap UMNO Pemuda,Wanita dan Puteri.Keputusan muktamad mengenai pemilihan itu akan dibuat oleh mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bermula pada jam 3 petang ini PWTC.Bagaimanapun dengan keputusan oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO itu para pemerhati politik menjangka pemilihan jawatan itu pasti ‘ON’ .Keputusan jawatankuasa pengurusan berkenaan diberitahu oleh Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada para wartawan selepas satu majlis di Petaling Jaya pagi Khamis.Katanya pemilihan itu adalah satu proses demokrasi dan tidak ada apa yang perlu ditakutkan.Muhyiddin menegaskan beliau sendiri akan menentang jika pemilihan jawatan itu hendak ditangguhkan.Ditanya mengenai hasrat bekas Menteri Kewangan,Tengku Razaleigh Hamzah nak bertanding jawatan Presiden UMNO,beliau berkata hal itu terserah pada sokongan di peringkat akar umbi kerana UMNO berpegang kepada demokrasi.