Medical Card ni hanya boleh diguna sekiranya berlaku kemasukan hospital atau rawatan pesakit luar (prior to kemasukan ke hospital dan rawatan susulan).
Jika ingin kad untuk kegunaan klinik, Prudential ada tawarkan Pru Clinic Care. Had tahunan RM 1,500. Tapi yang ini konvensional insurans.
Sama-sama. sakit2 seperti yang en gnomefan katakan tu kalau kena tahan dalam wad, boleh guna medical card tu. tapi kalau kat klinik biasa sahaja, x dapat la kecuali mcm yang saya bgtau, kad PruClinic Care.
konvensional insurans senangnya adalah produk yang tidak mematuhi syariah. Takaful pula adalah sebaliknya.
Bagus jugak kalau agent2 yang terlibat boleh post kan product2 diorg yang boleh guna kt klinik2 eg yg Prucare clinic tu tapi seeloknya yang jenis takaful laa. so far mmg takde kan takaful product yg mcm tu kan?
Kad perubatan terbaru Ultra-Medic Etiqa Takaful ada juga cover klinik untuk kes-kes berikut:
1. Rawatan kecemasan kat klinik samada kemalangan ataupun penyakit.. Contoh: lelah, ada serangga masuk dlm rongga badan, pengsan, pitam, otot tiba2 tegang melampau, batuk keluar darah, jatuh tangga dsb.. Lepas dapat rawatan beberapa minit/jam, lepas tu terus balik rumah bawak balik ubat, x masuk hospital pon.. Boleh claim semula dgn pihak Etiqa up to RM100 per visit.. Simpan resit pembayaran utk claim..
2. Jika peserta pergi ke klinik tetapi rawatannya pula BUKAN emergency.. Peserta ni demam pergi ke klinik tapi x juga sembuh2 & akhirnya pihak klinik td advice peserta pergi hospital & masuk wad utk pemeriksaan selanjutnya yg lebih rapi.. Maka, peserta ini boleh claim balik bil-bil klinik yg sblm dimasukkan ke hospital tadi SEPENUHNYA 100%.. Lepas keluar hospital, kalau peserta masih perlu ke klinik untuk rawatan susulan, pun cover SEPENUHNYA 100%..
3. Rawatan fisioterapi kat klinik.
4. Rawatan tradisional / alternatif kat klinik (contoh: akupunktur, homeopati, kiropodi dll).
Kad perubatan terbaru Ultra-Medic Etiqa Takaful ada juga cover klinik untuk kes-kes berikut:
1. Rawatan kecemasan kat klinik samada kemalangan ataupun penyakit.. Contoh: lelah, ada serangga masuk dlm rongga badan, pengsan, pitam, otot tiba2 tegang melampau, batuk keluar darah, jatuh tangga dsb.. Lepas dapat rawatan beberapa minit/jam, lepas tu terus balik rumah bawak balik ubat, x masuk hospital pon.. Boleh claim semula dgn pihak Etiqa up to RM100 per visit.. Simpan resit pembayaran utk claim..
Yang no 1 ni tak plak di mention kat dlm website etiQa. Camna nak tau yang you cakap ni bebtol2 covered kalau takde black and white. Nanti claim tak dpt plak. Sure ke?
Yang no 1 ni tak plak di mention kat dlm website etiQa. Camna nak tau yang you cakap ni bebtol2 covered kalau takde black and white. Nanti claim tak dpt plak. Sure ke?
Sebenarnya, kad perubatan lama Medic-Save pun ada cover bahagian yang ditanya oleh Tuan. Cuma, kad perubatan yang lama hanya cover sehingga RM50 per visit & hanya untuk rawatan klinik antara 12 midnite - 6 pagi sahaja.
Alhamdulillah, kad perubatan terbaru ULTRA-MEDIC ini cover pada bila-bila masa & tanggungannya digandakan menjadi RM100 per visit.
Berikut adalah wording yang ada dalam buku polisi:
Pembayaran balik Caj-caj Berpatutan dan Kebiasaan yang ditanggung di dalam rawatan perubatan dan rundingan tentang sesuatu penyakit yang mendadak, tetapi tidak semestinya disebabkan oleh kemalangan, menyebabkan Peserta harus dirawat oleh Pegawai Perubatan sebagai pesakit luar di mana-mana klinik. Semua tuntutan untuk manfaat ini hendaklah disertakan dengan resit dari klinik/hospital dan disertakan bersama jenis penyakit, diagnosis dan tarikh serta masa Pegawai Perubatan memberi rawatan.