Info MDEC, MaGIC Bekerjasama Dengan Microsoft Perkukuhkan Ekosistem Syarikat Pemula

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan Microsoft Malaysia hari ini telah melancarkan inisiatif ‘Highway to a 100 Unicorns’. Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh ekosistem syarikat pemula (startup) yang sedang pantas berkembang (Unikorn) dan memperkasakannya dengan bimbingan mentor, teknologi dan capaian kepada pelanggan perusahaan.

Pendaftaran bagi penyertaan ‘Highway to a 100 Unicorns’ dibuka sekarang hingga 31 Oktober 2020.

Syarikat-syarikat pemula yang layak akan dapat memanfaatkan bengkel-bengkel terkhusus dan tertumpu kepada perniagaan dan teknologi, dan juga webinar perkongsian ilmu bulanan dengan komuniti perusahaan pemula global.

Di samping itu, peserta akhir dari Malaysia berpeluang memanfaatkan program bimbingan mentor selama setahun, capaian kepada pelanggan perusahaan dan juga peluang libat urus bersama pakar dan pemimpin industri daripada Microsoft.

Menurut MDEC, Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai ekosistem permulaan ke-11 teratas di dunia oleh Startup Genome, sekaligus meningkatkan keyakinan bahawa Malaysia merupakan pangkalan pilihan ‘land and expand’ bagi inovator dan pemula teknologi terbaik di rantau ini.

Bagi syarikat-syarikat pemula yang ingin turut serta dalam inisiatif ‘Highway to a 100 Unicorns’ ini, mereka perlu mengemukakan permohonan bagi pertandingan Emerge X terlebih dahulu.

Kriteria permohonan bagi syarikat-syarikat baharu yang ingin menyertai Emerge X adalah seperti berikut:

Syarikat Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B) dengan kesesuaian produk-pasaran, yang menjana hasil dengan sekurang-kurangnya 3-4 pelanggan.
Syarikat Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dengan jumlah pelanggan besar (melebihi 100K pelanggan) dan menjana hasil.
Bekalan dana yang sedia ada adalah satu kelebihan.
Syarikat-syarikat pemula Emerge X akan diberikan kredit GitHub dan Azure percuma dan boleh menyertai bengkel yang mengkhusus dalam perniagaan dan teknologi.

Peserta akhir dari Malaysia akan diumumkan pada bulan November, untuk turut serta bersama pelopor dan usahawan terpilih dari 16 negara Asia Pasifik lain, termasuk Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Maldives, Myanmar, Nepal, New Zealand, Filipina, Sri Lanka, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Screenshot-3058.jpg


Sumber asal https://aka.ms/highway
 
Top
Log in Register