Tanggungjawab anak lelaki kepada Mak.
Walaupun anak lelaki sudah berkahwin, tanggungjawab & taat terhadap mak tetap tak putus.
Walaupun sudah berkahwin, Keutamaan kepada emak lebih daripada isteri sendiri.
Ingat, redho mak, sesuatu yang anak2 perlu cari. Jika mak tak redho, Jangan harap dapat cium bau syurga (jika Allah tak izinkan).
Bila emak redho, segala urusan kita, segala kesukaran akan dipermudahkan.
Bila emak redho, walaupun kita dalam 'kesempitan' tapi hati tetap tenang dan tenteram.
Anak perempuan(sebelum kahwin), wajib taat kepada mak bapak.
Selepas berkahwin, dah berstatus isteri, wajib taat kepada suami.
Begitulah kitaran, bila TT dan isteri dah ada anak2 nanti.
Anak lelaki TT, walau dah berkahwin, tak putus taat kepada mak(isteri TT).
Anak perempuan TT, bila dah kawin, dah jatuh hukum kena taat kepada suaminya (menantu TT).
Jika sekarang, belum bernikah, awek dah tunjuk perangai macam ni, berhati2 bila dah bernikah nanti.
Teman becakap dari pergalaman dan peringatan kepada diri sendiri.