Buat jer cara macam aku ni senang.
Memula ko terminate/batalkan je polisi yg sekarang ni. Lepas tu ko survey takaful dari sykt lain ke. Atau ko terus jumpa agen baru dlm sykt takaful yg sama yg ko nak tu, ko isi borang baru. Maknanya ko mohon takaful baru dari agen baru dari sykt takaful yg sama.
Senang kan? kalau dok call sana call sini pegi HQ ke hapa ke buang duit ko jer. Harga minyak dahlah naik, sykt telco ada ura-ura nak naikkan caj panggilan. Daripada membazir duit & masa berurusan dgn pejabat agensi/pejabat wilayah/pejabat negeri/HQ baik ko terminate je terus. Kalau ko berurusan setakat nak mengadu masalah ko, takkan dilayan punya. Biasa la khidmat pelanggan kat negara Persekutuan Malaysia ni adalah paling teruk di dunia tak kira sykt apa pun. Tak payahlah mengadu-ngadu.
Kalau ko ikut cara aku ni, aku confirm mesti settle cepat masalah ko. Buat keputusan dgn muktamad-terminate polisi.