BTC USD 83,337.6 Gold USD 4,155.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCA kata MALAYSIA NEGARA SEKULAR

ada lagi. Kuasa Pemerintahan majoritinya berada di tangan Pemimpin Org Islam.. Kalau dah Pakatan Rakyat ambil alih malaysia tak taulah. TPM pun LIm kit siang. Tgk contoh perak dan selangor ajelah. adakah pengambilalihan kuasa oleh PR semakin dekat membawa kepada negara Islam? salah satu ciri2 negara islam,selain daripada hudud adalah pemerintahan adalah di tgn org Islam, bukannya Malaysian Malaysia cam PKR laung2 kan? Fikir-fikkirkan

sejauhmanakah kebenaran yang LKS akan jadi TPM..? atau ini cuma harapan sebelah pihak atau propoganda sahaja..
 
sejauh mana pulak kebenaran yg mengatakan malaysia ni negara islam ye??
rase2nye ape yg disebut malaysia menjadikan islam sebagai agama rasmi..
dgn menjadikan islam sebagai agama rasmi,da jadi negara islam ke?
sistem pemerintahan kite sistem pemerintahan islam ke ek??

*ps=sungguh aku tak tahu
 
sama jika PR pegang malahan hak Islam lg ditindas :(


manattau neh..! PR xpenah lagi jadi pentadbir mutlak MALAYSIA..:)
tn mido peramal masa depan yew.. :)
 
Last edited:
ada lagi. Kuasa Pemerintahan majoritinya berada di tangan Pemimpin Org Islam.. Kalau dah Pakatan Rakyat ambil alih malaysia tak taulah. TPM pun LIm kit siang. Tgk contoh perak dan selangor ajelah. adakah pengambilalihan kuasa oleh PR semakin dekat membawa kepada negara Islam? salah satu ciri2 negara islam,selain daripada hudud adalah pemerintahan adalah di tgn org Islam, bukannya Malaysian Malaysia cam PKR laung2 kan? Fikir-fikkirkan

"Kuasa Pemerintahan majoritinya berada di tangan Pemimpin Org Islam" konon. Tapi hukum hakam Islam tak menjadi asas perlembagaan negara. Lagi pelik hudud ditendang n di booo...Sungguh ironik :))
 
sungguh ironik (kata baru bung eon dpt)
yg negara Malaysia menjadi model pembangunan,ekonomi,dan pelbagai
segi yg berkaitan Islam di kalangan negara OIC...
 
sungguh ironik (kata baru bung eon dpt)
yg negara Malaysia menjadi model pembangunan,ekonomi,dan pelbagai
segi yg berkaitan Islam di kalangan negara OIC...

:))
MCA pon tahu umno memperkudakan Islam. Ape penjelasan mido tentang keterangan MCA ni. :))

Sungguh ironik :eek:

p/s: Ape perasaan mido ttg umno memperkudakan Islam dan disahkan oleh MCA? :eek: :eek:
 
sejauh mana pulak kebenaran yg mengatakan malaysia ni negara islam ye??
rase2nye ape yg disebut malaysia menjadikan islam sebagai agama rasmi..
dgn menjadikan islam sebagai agama rasmi,da jadi negara islam ke?
sistem pemerintahan kite sistem pemerintahan islam ke ek??

*ps=sungguh aku tak tahu

kalau betul negara Islam
takkan aku dipaksa keje dengan gomen
Tiada Paksaan dalam Islam

UMNO
bang4ng
 
MALAYSIA NEGARA SEKULAR : ONG KA CHUAN LEBIH CERDIK DARI NAJIB

View attachment 9495
MCA menegaskan bahawa semua dokumen sejarah berhubung pembentukan perlembagaan persekutuan dan penubuhan sebuah negara yang merdeka menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

“Ini adalah permuafakatan dan kontrak sosial yang dipersetujui oleh nenek moyang kita,” kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan (gambar), dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, katanya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam adalah tidak bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Nampaknya Ong Ka Chuan lebih cerdik dari Najib. Mungkin Najib tidak memahami perlembagaan negara menyebabkan beliau bercakap ikut sedap mulut demi untuk menipu rakyat beragama Islam bahawa Malaysia adalah negara Islam.

Mana mungkin Malaysia adalah negara Islam sedangka undang-undang tertinggi di Malaysia adalah undang-undang kafir yang tiada kaitan langsung dengan Islam.

Sekali lagi kredibiliti Najib tercalar.
----------------------------------------------
Berita Lain..

Malaysia sebuah negara sekular, kata MCA
MCA menegaskan bahawa semua dokumen sejarah berhubung pembentukan perlembagaan persekutuan dan penubuhan sebuah negara yang merdeka menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

“Ini adalah permuafakatan dan kontrak sosial yang dipersetujui oleh nenek moyang kita,” kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, katanya, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam adalah tidak bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri merasmikan persidangan antarabangsa mengenai Negara Islam Dalam Dunia Global di ibunegara semalam, Najib berkata, Malaysia bukan negara sekular tetapi sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno – parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) – berkata Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi.

"Islam adalah agama rasmi dan kita adalah negara Islam tetapi sebagai sebuah negara Islam tidak bererti kita tidak menghormati mereka yang bukan beragama Islam. Umat Islam dan orang bukan Islam masing-masing mempunyai hak," kata Najib lagi.

Sokongan politik


Menurut Ong lagi, dokumen yang disediakan pihak British sebelum memberi kemerdekaan kepada Malaya pada 1957 dengan jelas menunjukkan ‘para anggota delegasi Perikatan, tidak mempunyai niat untuk mewujudkan sebuah negara Islam dan Malaya akan menjadi negara sekular’.

MCA adalah parti kaum Cina yang merupakan anggota komponen BN yang kedua terbesar selepas Umno.

Seorang lagi pemimpin MCA, Wong Nai Chee, yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, interpretasi Najib itu tidak bertepatan dengan semangat dan maksud Perlembagaan Persekutuan.

“Hakikat bahawa orang Islam merupakan kaum majoriti tidak menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Sebaliknya, Malaysia adalah negara sekular dengan majoriti rakyatnya beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pembangkang, Kit Siang pula berkata kenyataan Najib itu telah ‘mengeruhkan’ suasana sambutan kemerdekaan negara yang ke-50 bulan depan.

“Ia nampak seolah-olah kontrak sosial Merdeka telah dijadikan alat politik apabila ada parti-parti politik atau pemimpin politik yang menggunakannya untuk memanipulasikan sokongan politik terhadap mereka,” katanya.

www.MALAYSIAKINI.COM
----------------------------------
sajer bagi ko org baca....:D

betol la statement YB MCA nih..kita je yg dok perasan kita ni negara Islam..
 
Back
Top
Log in Register