BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCA Johor mohon maaf isu status hina, perlekeh agama Islam dikongsi 'admin' FB MCA Johor

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
MCA Johor mohon maaf isu status hina, perlekeh agama Islam dikongsi 'admin' FB MCA Johor

Oleh Mohamed Farid Noh
A view of the sea
FOTO HIASAN.
Johor Bahru: MCA Johor memohon maaf kepada umat Islam negara ini susulan perkongsian status menghina serta memperlekehkan agama Islam, yang dilakukan tanpa sengaja seorang pentadbir akaun Facebook berkenaan, kelmarin.

MCA Johor pada kenyataan hari ini, berkata, perkongsian itu bukan sahaja dilakukan tanpa memaklumkan kepada pemimpin utama MCA negeri, malah dilakukan pentadbir yang sudah lama bersara daripada parti.

Kata kenyataan, individu terbabit mengakui tersilap berkongsi status daripada pihak lain yang bukan ditulis oleh MCA Johor atau mana-mana pemimpin MCA.

"MCA Johor memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas perkongsian status pihak lain di Facebook MCA Johor pada 26 Januari lalu yang dilakukan tanpa sengaja oleh salah seorang pentadbir (admin) Facebook kami.

"Pentadbir berkenaan sudah lama bersara dari pejabat MCA Johor serta mengakui tersilap berkongsi status daripada pihak lain yang bukan ditulis oleh MCA Johor atau mana-mana pemimpin MCA.

"Pentadbir berkenaan juga sudah dikeluarkan daripada senarai akses Facebook MCA Johor dan kini ia dikendalikan oleh pentadbir baharu sahaja.

"Status yang menimbulkan kontroversi itu juga sudah diturunkan serta-merta sebaik kami menyedarinya selepas aduan diterima semalam," kata MCA Johor pada kenyataan dimuat naik di akaun rasmi parti itu.

Terdahulu, MCA Johor kelmarin, menerusi akaun Facebooknya memuat naik status menyatakan kerajaan sudah menyediakan dana untuk membantu rakyat Palestin, selain peruntukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan bagi tujuan percetakan al-Quran, namun untuk tol percuma Tahun Baru Cina, ia tidak diberikan.

Perbandingan itu, menurut pelbagai pihak, menimbulkan sangkaan jahat dan membina persepsi salah terhadap bantuan yang diterima umat Islam dan rakyat Palestin.

Mengulas lanjut, MCA Johor berkata, parti itu langsung tidak mempunyai niat untuk mengguris perasan umat Islam apatah lagi menghina agama Islam.

"Sejujurnya kami di MCA Johor tidak pernah terlintas dan tiada niat untuk mengguris hati, jauh sekali menghina atau memperlekehkan agama Islam atau mana-mana agama dan kaum di negara ini.

"Sekali lagi, MCA Johor memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas apa yang berlaku.

"MCA Johor akan lebih berhati-hati dan memastikan kejadian sama tidak berulang lagi," kata kenyataan itu lagi.

Disiarkan pada: January 28, 2025 @ 2:52pm
 
Back
Top
Log in Register