tak payah ler...
rupanya hidup lagi.
ni aku amik dari satu blog
http://www.****************/pengalaman-hampir-terjebak-dengan-mlm/
macam biasa,akan ada yang menari nari sambil menjerit dan kemudian pelekehkan orang yang tak mahu join
Jika tak silap saya,bisnes MLM (Multi Level Marketing) ini agak lama dah di Malaysia.Saya kenal MLM ini semasa saya masih belajar dalam bidang perguruan,kira-kira sedekad yang lalu.Waktu itu,ramai kawan-kawan yang ajak join mereka,macam-macam kebaikan tentang produk MLM ditonjolkan.Akibat tidak tahan+kasihan pada kawan yang dah keluarkan air liur untk yakinkan saya,maka jadilah saya ahli biasa dengan yuran sebanyak RM70.Dapatlah satu kit pengedar termasuk set buku-buku katalog dan cd tentang produk.Tapi saya tak pernah promote dan menjual walaupun 1 produk MLM.
Di Malaysia ini,ada 2 jenis MLM
1.produk dengan harga berpatutan/logik
2.produk dengan harga tak berpatutan /tak logik
Saya tak minat dengan MLM ini antara sebab utama,perlu cari orang barulah ada income.Ada juga syarikat MLM yang saya faham patuh syariah seperti HPA,harga barangannya pun logik.Tak perlu nak cari-cari orang.Anda jual,anda dapat hasil.Oppss..saya bukan ahli HPA,tapi saya antara pengguna barangannya.Memang ada produknya yang memuaskan hati dan berkualiti tinggi.Sebab itu saya kata bukan semua MLM tak bagus.Tapi ini bukan tiket untuk saya menyokong mana-mana MLM sebarangan.
Pendekatan yang digunakan pun agak ekstrem walaupun secara halus.Contoh yang saya dan suami pernah terkena.Saya dihubungi oleh seorang yang tinggal berhampiran rumah kami,sedangkan kami tak pernah berbual pun.Beliau tahu tentang saya dari orang lain.Dia kata dia nak jadikan saya bisnes partner.Beliau ajak saya dan suami ikut ke satu majlis makan-makan katanya.
Pada hari yang dijanjikan kami pun pergi mengikut beliau dan suaminya.Rupanya ada 2 kereta lagi.Malam itu kami sampai di sebuah rumah banglo 3 tingkat yang agak besar dan lapang.Ada makanan dan minuman dihidangkan.Sebelum masuk,perlu bayar tiket RM10/person.Tiket kami dibayar oleh kenalan baru saya itu.
Dalam majlis tersebut,kami jumpa ramai orang.Mereka kelihatan ceria(ada juga yang seperti buat-buat je).Kami diperkenalkan dengan seorang demi seorang yang menceritakan bahawa bisnes inilah yang terbaik yang pernah mereka buat,dan mengutuk orang yang makan gaji.Apa yang saya perasan -ayat mereka hampir sama.Dan di hujungnya bila saya tanya bisnes apa,jawapan yang diterima “kena datang ofis,baru tahu”.
Selepas itu kami pulang dengan seribu pertanyaan,apakah bisnes itu sebenarnya.Saya fikir,mungkin kerja export-import barang agaknya.Beberapa hari kemudian,saya dihubungi semula oleh kenalan saya itu dan kali ini dia hendak bawa kami ke ofis pula.Saya teruja sebab nak tahu apa bisnes yang dimaksudkan.
Tiba malam yang dijanjikan,kami pun dibawa ke ofis.Kami dipertemukan lagi dengan beberapa orang yang didakwa bekas guru,bekas jurutera,bekas doktor dan macam-macam bekas la..semuanya mendakwa dah berhenti kerja sebab tak berbaloi makan gaji sebaliknya bisnes sekarang lebih berbaloi.
Malam itu saya ditunjukkan produk mereka dan diceritakan tentang kebaikannya.Pada awalnya saya melihat produk mereka agak menarik,iaitu produk kecantikan berasaskan lautan dalam.Malam itu suami saya terpengaruh dengan ajakan mereka untuk menjadi ahli dengan bayaran sebanyak RM2k.Saya mula tak sedap hati,tetapi suami saya agak teruja dan mula terpengaruh.
Episod ini tak berakhir lagi kerana kami wajib hadir seminar/training di MITC Melaka pula.Bayaran dikenakan rm150/person.Pergi training itu,maka pecahlah rahsia sebenar apabila saya sedar yang mereka memang syarikat yang menjalankan MLM apabila secara terang -terangan.Modal sebenar ialah RM33k.Suami saya mula terpengaruh dan mengikut geng2 ini setiap minggu.
Saya pula di rumah tak dapat lelapkan mata kerana risaukan duit yang bakal hangus kerana suami saya nak melabur RM33k untuk bisnes yang entah apa2 itu.Maka saya pun google mengenai syarikat ini-SGN (Steady Global Network),dan terjumpa satu sumber yang mendedahkan segala-galanya.Di forum itu rahsia syarikat ini terbongkar.
Saya pun menceritakannya pada suami,tapi beliau tak mahu percaya.Saya menggunakan pelbagai cara,akhirnya berjaya menariknya dari terjebak.Dalam usaha saya cuba mengelakkan suami dari terjebak,upline2 si kenalan saya dengan kereta2 mewah asyik datang ke rumah.Tapi saya agak tegas dengan mereka dan saya kata,so sorry,kami tidak berminat langsung.Alasan paling kukuh sekali saya katakan kepada mereka,MLM anda tidak patuh syariah.Mereka-mereka yang berjaya adalah hasil pelaburan downline mereka.Pendedahan yang saya baca di forum tersebut sangat menyedihkan,ada yang mengaku jual tanah,buat loan,pinjam duit kawan/saudara mara sebab sebelum itu mereka yakin bisnes ini boleh mengubah nasib mereka.Hakikatnya ia adalah bisnes mencari mangsa yang sanggup laburkan RM33k supaya upline boleh makan hasil downline.
Ianya tak akan habis..patutla saya nampak yang datang malam makan2 itu mukanya kelat tapi cuba dimaniskan.Rupanya mereka dah labur banyak,dan mereka memilih untuk meneruskan dan mencari mangsa untuk menampung kerugian mereka.Saya kagum dengan mereka yang tertipu tapi memilih untuk tidak menipu orang lain.
Rupanya Steday Global Network ni ramai jugak mangsa yang tertipu.Dah lama saya tak masuk forum itu,di sana yang pro dan kon dgn syarikat bertelagah dan mempertahankan pendirian masing-masing.Biasanya yang baru join dan yang dah kaya dengan skim inilah yang beriya-iya mempertahankan syarikat dan apa yang mereka buat.Kelebihan mereka yang paling ketara ialah bijak ‘psiko’ dan menutur kata-kata manis kepada prospek.Siapa mudah terpedaya akan jadi mangsa.
Akhir kata,elakkan diri terjebak dengan MLM ala-ala skim cepat kaya ini.Susah-susah dahulu,senang-senang kemudian.Buat masa ini,saya pilih bisnes yang selamat-meniaga emas,meniaga buah-buahan dan meniaga makanan secara kecil-kecilan.Biarlah tak kaya raya asalkan tak menipu orang lain dan buat perniagaan yang sudah tentu halal.Kalau kaya,alhamdulillah,boleh tolong lebih ramai orang
Tambahan:
Antara cara buat duit yang digunakan oleh SGN:
1.menganjurkan makan-makan=satu kepala dicaj RM10.Bayangkan jika yang datang beratus orang,berapa si penganjur dapat?
2.menganjurkan M&U,di mana setiap ahli wajib hadir dengan bayaran RM150,setiap bulan akan dibuat di negeri yang berlainan,saya dah kira,memang untung besar si penganjur sebab yang datang hampir 1 ribu lebih