BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MBSB Perolehi Akses CCRIS

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 9 Jan -- Malaysia Building Society Bhd (MBSB) Isnin mengumumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan syarikat itu menyertai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) berkuat kuasa bulan ini.

CCRIS merupakan sistem pengkalan data yang menempatkan maklumat kredit peminjam yang dikumpulkan oleh Biro Kredit BNM yang diperolehi dari institusi pemberi pinjaman.

Maklumat itu kemudian akan dibuat rujukan oleh institusi itu untuk membantu mereka membuat keputusan berkenaan permohanan kredit.

Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Datuk Ahmad Zaini Othman berkata penyertaan di dalam CCRIS adalah langkah yang baik selaras dengan kehendak Garis Panduan baru bank pusat iaitu "Garis Panduan mengenai Tanggung Jawab Kewangan."

Katanya penyertaaan itu juga amat penting dalam memperkukuhkan lagi pengurusan risiko kredit MBSB, iaitu entiti berstatus syarikat kewangan berkecuali.

"Saya percaya bahawa industri kewangan akan turut menyambut baik perkara ini kerana sebarang pembiayaan yang diperolehi dari MBSB akan tertera di dalam laporan kredit peminjam," katanya.

Ahmad Zaini berkata MBSB boleh merealisasikan objektif korporatnya, terutama dalam menilai dan meluluskan pinjaman yang berkualiti setanding dengan apa yang dipraktikkan oleh institusi kewangan utama yang lain.

Antara institusi yang turut terlibat di dalam CCRIS pada masa ini adalah bank Komersil, bank-bank Islam, Syarikat Kewangan, bank saudagar dan institusi Pemulihan.

Kenyataan itu juga menyatakan, sebagai mengorak langkah ke hadapan, MBSB merancang untuk terus meningkatkan aset peruncitannya melalui produk Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Perumahan.

MBSB juga akan memperkenalkan produk peruncitan baru iaitu pembiayaan auto pada bulan Februari.
 
Back
Top
Log in Register