BTC USD 82,427.8 Gold USD 4,170.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MBF Card - Interest 3% setahun

bro bleh terangkan sket tak pasal asb tu? agak blur tak berapa nak paham..

Boleh gunakan kemudahan 36 bulan EPP ini utk gandakan loan ASB

Katakan anda dapat kredit limit RM10,000..keluarkan cash dari kad kredit anda dan covert ke EPP selama 36 bulan

1. Caj upfront pengeluaran tunai : 4% x RM10,000 = RM400
2. Caj EPP dari MBF : 9% x RM10,000 = RM900 (utk 36 bulan)
3. Bayaran bulanan kepada MBF : RM277.77 sebulan selama 36 bulan

1.Ambil loan RM137,000 Maybank, sepatutnya bayaran bulanan RM797...tetapi sebab guna teknik ni,bulanan RM277.77 sahaja dan anda buat bayaran kepada MBF selama 36 bulan

Katakan dividen 7.5% dpd RM137,000 = RM10,275, gunakan dividen ini utk serve bayaran bulanan tahun berikutnya

Selepas 5 tahun, terminate loan ASB..dan anda akan dapat tunai RM30,650 !


Kesimpulan..

Bayar RM277.77.00 selama 36 bulan = RM10,000

Untung selepas 5 tahun = RM30,650...:)cgrock


Kelebihan teknik ni ialah anda dapat jimatkan bayaran bulanan sebanyak RM519.23 sebulan ! (RM797 - RM277.77)




 
ada tak promotion utk existing card?

MbfEPP.jpg


Gunakan kad MBF dan convert ke plan easy payment plan (EPP) sehingga 36 bulan !!

Contoh :

Anda guna RM5,000..convert ke EPP selama 36 bulan

One time upfront interest : 9% x RMRM5,000 = RM450

Bulanan : RM5,000/36 = RM138.89 sebulan


Berapakah nilai penjimatan anda ?

Cara biasa
Anda guna RM5,000 dan buat bayaran minima RM250 sebulan selama 24 bulan, interest yg anda perlu bayar ialah RM883


Kaedah EPP
Anda guna RM5,000 dan convert ke EPP plan selama 36 bulan, interest yg anda perlu bayar ialah RM450 sahaja

Penjimatan sebanyak sebanyak RM433 walaupun dengan bayaran bulanan yg lebih rendah !
 
Ermmm... Aku tunggu promotion utk 0 percent nanti, apa2 pun terima kasih tt
 
tt berminat lah. camne nak apply ni? berminat nak buat teknik loan asb tu. tt boleh ajar kan..
 
Bump utk TT,

selepas menunggu 3 minggu, dapat juga kad platinum minggu lepas. Kejap tadi baru selesai BT RM8k ke MBF. Bulanan cuma bayar minimum RM99 utk 81 bulan. Ringan skit beban bulanan.. Terbaik la produk ni. Trima kaseh TT. You :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register