BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MBAS kesan premis disewa warga asing

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
penyitaan_1597803461.jpg


ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengesan terdapat beberapa pemilik premis di sini, menyewakan kedai kepada warga asing bagi mengaut keuntungan mudah.

Ketua Bahagian Penguat kuasa MBAS, Ahmad Syaher Abu Bakar, berkata warga asing yang menyewa premis berkenaan menjalankan perniagaan secara sembunyi dengan kebanyakan pelanggan adalah kalangan rakan senegara berdasarkan semakan pada buku catatan.

"Kita melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada lagi kes seperti ini.

"Semalam, kita menyerbu dua premis di kawasan Pokok Sena kerana tidak mempunyai lesen perniagaan dan disewakan kepada warga asing selain menyita barangan mereka untuk tindakan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Ahmad Syaher berkata, dalam operasi yang dilakukan MBAS dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah bermula jam 10 pagi itu, anggota penguat kuasa memeriksa premis di tingkat atas sebuah bangunan dua tingkat di Pokok Sena.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua barangan dalam premis itu menjual produk dari negara Myanmar berikutan tulisan yang tertera pada setiap produk berkenaan.

"Selain itu, kita dapati kedai itu adalah pemilik rakyat tempatan, namun menyewakannya kepada etnik Rohingya sejak dua tahun lalu dan dijaga seorang remaja lelaki warga negara Myanmar berusia 16 tahun.

Ahmad Syaher berkata berikutan itu pihaknya merampas kesemua barangan yang dijual di premis itu untuk tindakan lanjut dan pemilik dikompaun mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya.

Seramai empat warga asing disyaki penyewa dan pengendali dua premis itu disoal siasat dan diambil keterangan mengikut Akta Imigresen 1959.


== bharian
 
Back
Top
Log in Register