BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Mbappe masuk hospital

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,421
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,421
Reaction score
321
Points
141
3172004.webp

Mbappé. Foto Agensi

PENYERANG sensasi Real Madrid, Kylian Mbappe kini dirawat di hospital akibat jangkitan gastroenteritis selepas terlepas perlawanan pembukaan Kumpulan H Piala Dunia Kelab FIFA menentang Al-Hilal.

Kapten pasukan Perancis berusia 26 tahun itu dilaporkan tidak hadir sesi latihan pada Rabu berikutan demam, sebelum diketepikan daripada skuad utama yang mencatat keputusan seri 1-1 ke atas wakil Arab Saudi berkenaan di Stadium Hard Rock pada Khamis.

Dalam satu kenyataan rasmi kelab pada hari sama, Real Madrid mengesahkan bahawa Mbappe menghidap gastroenteritis akut dan telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani beberapa ujian lanjut.

Gastroenteritis merupakan jangkitan pada saluran usus yang boleh menyebabkan simptom seperti muntah dan cirit-birit.

Buat masa ini, masih belum ada sebarang pengesahan sama ada Mbappé akan cergas untuk perlawanan seterusnya menentang Pachuca yang dijadual berlangsung di Stadium Bank of America pada Isnin.

Mbappé yang menyertai Real Madrid secara perpindahan percuma dari gergasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) telah mempamerkan prestasi cemerlang dengan menjaringkan 43 gol dalam 56 penampilan di semua kejohanan pada musim pertamanya bersama kelab gergasi Sepanyol itu.

Musim ini juga menandakan permulaan era baharu di Santiago Bernabéu di bawah kendalian Xabi Alonso, yang mengambil alih jawatan pengendali daripada Carlo Ancelotti selepas berakhir musim La Liga 2024/25.

Dalam musim pertamanya bersama Real, Mbappé turut membantu pasukan memenangi Piala Super UEFA dan Piala Antara Benua FIFA, sekali gus memperkukuh reputasinya sebagai antara pemain terbaik dunia.

 
Back
Top
Log in Register