ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Megat Zaharuddin (kanan) dan Abdul Farid mengumumkan keputusan kewangan Maybank separuh pertama 2014.
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) tidak bercadang untuk bergabung dengan mana-mana bank di Malaysia kerana institusi kewangan itu yakin mampu berdiri kukuh di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Farid Alias berkata, Maybank masih relevan dan mampu memberi perkhidmatankepada semua pelanggan.
“Kami sudah 54 tahun berkembang di Malaysia dan kini memiliki 400 cawangan di seluruh negara. Kami juga tersenarai antara lima bank terbesar di Asia.
“Pelbagai kemudahan kami sediakan kepada pelanggan untuk keselesaan mereka. Kami ada keupayaan produk dan tidak perlu penggabungan dengan mana-mana bank contohnya untuk membentuk aset institusi lebih besar,” katanyamengulas isu penggabungan membentuk perbankan mega.
Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman keputusan kewangan Maybank separuh pertama 2014, di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor.
Pada majlis pengumuman itu, Maybank mencatatkan keuntungan sebelum cukai bagi separuh pertama yang berakhir 30 Jun 2014 meningkat 5.7 peratus kepada RM4.45 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Peningkatan itu didorong pertumbuhan dalam operasi antarabangsanya terutama Singapura dan perniagaan perbankan pengguna sehingga keuntungan bersih.
Keuntungan bersih Maybank pula meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada RM3.18 bilion.
Sebelum ini, Bank Negara Malaysia memberi kebenaran kepada CIMB Group Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) memulakan rundingan penggabungan dalam membentuk perbankan Islam mega.
Ketiga-tiga bank itu sudah menandatangani perjanjian eksklusif 90 hari untuk berunding dan memuktamadkan harga, struktur, serta terma dan syarat lain berkaitan cadangan penggabungan.