BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maybank Perkenal Ciri Duitnow Request, Minta, Bayaran & Hutang

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Maybank hari ini mengumumkan pengenalan sebuah ciri baharu pada aplikasi Maybank2U dan MAE, iaitu dinamakan Duitnow Request. Melalui ciri ini, anda boleh menghantar permintaan kepada orang lain untuk membayar kepada anda. Anda boleh menetapkan nilai untuk sesuatu pembayaran, dan menghantar permintaan pembayaran tersebut kepada seseorang yang dituju. Dengan langkah ini juga, ia dijangka akan memudahkan lagi anda meminta kembali duit atau hutang daripada rakan-rakan tanpa berasa kekok.

View attachment DuitNow-Request-950x685.jpg.webp

Buat masa ini, Maybank menyokong ciri Duitnow Request ini daripada pengguna yang menggunakan Duitnow di bank Maybank, Standard Chartered, Bank Islam, Bank Muamalt, Citibank, HSBC dan juga OCBC. Tiada sebarang pembayaran caj dikenakan untuk permintaan DuitNow Request dibawah RM5000, dan untuk lebih daripada itu, bayaran 50 sen dikenakan. Pengguna boleh mengakses ciri ini melalui Maybank2U atau MAE, dan memilih kategori “Send & Request”, seterusnya memilih Duitnow Request. Selepas menghantar, untuk penerima notifikasi pembayaran pula, ia akan memaparkan berapakah nilai yang diminta, dan perlu mengesahkan untuk memindahkan dana yang diminta tersebut dengan mudah.

View attachment Duitnow-Bayar-950x1029.jpg.webp
 
Back
Top
Log in Register