BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maybank optimis kekal momentum

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Maybank optimis kekal momentum


MALAYAN Banking Bhd (Maybank) yakin dapat meneruskan momentum pertumbuhan tahun ini hasil daripada pertumbuhan ekonomi serantau yang kukuh.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, ketika ini Malaysia, Singapura, Indonesia dan negara lain di Asean mengekalkan asas ekonomi yang kukuh.


“Di Malaysia sebagai contoh, kami menjangkakan pertumbuhan setahun penuh dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kira-kira 4.4 peratus, Singapura berkembang tiga peratus dan Indonesia kira-kira enam peratus.

“Berdasarkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh ini, kami menjangkakan sektor perbankan juga akan turut meningkat,” katanya selepas majlis berbuka puasa Yayasan Maybank dengan warga tua, anak yatim, ibu tunggal dan golongan kelainan upaya.


Beliau berkata, persekitaran pasaran yang kondusif di tempat Maybank beroperasi, menyediakan peluang untuk bank itu terus berkembang dan kekal menguntungkan.


Mengenai perkembangan operasi Maybank di Indonesia, beliau berkata anak syarikat bank berkenaan di negara itu, PT Bank Internasional Indonesia Tbk (BII) berjaya merekodkan pertumbuhan kukuh pada separuh pertama tahun ini.

BII mencatatkan peningkatan keuntungan lebih 61 peratus kepada 592 bilion rupiah Indonesia (RM196 juta) dengan pertumbuhan pinjaman yang sihat sebanyak 24 peratus dan pinjaman tidak berbayar bersih kurang dari satu peratus.


“Secara keseluruhannya, operasi kami berjalan dengan baik di Indonesia. Petugas kami bekerja keras di sana dan berdasarkan pertumbuhan kukuh dalam ekonomi dan persekitaran yang kondusif di Indonesia, kami menjangkakan prestasi BII akan terus meningkat,” katanya.

Abdul Wahid juga mengulangi keyakinannya bahawa Maybank akan mengekalkan pemilikan majoriti dalam BII walaupun Bank Pusat Indonesia menetapkan garis panduan baru yang mengehadkan pemilikan asing dalam bank tempatan. - Bernama





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Maybankoptimiskekalmomentum/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register