Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,559
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,559
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Maybank memaklumkan bahawa akses ke laman web Maybank2u, aplikasi MAE, serta platform M2U Biz dan M2E (web dan aplikasi) akan dihadkan secara berperingkat bagi pelayar web serta sistem operasi (OS) peranti yang tidak disokong. Menurut Maybank, versi pelayar web dan OS peranti yang lama tidak lagi menerima kemas kini keselamatan penting, menjadikannya terdedah kepada risiko seperti pencerobohan data, perisian hasad serta akses tanpa kebenaran. Bagi memastikan pengalaman perbankan dalam talian kekal selamat dan lancar, Maybank menggalakkan semua pengguna untuk mengemas kini pelayar web serta OS kepada versi terbaharu yang disokong.