BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat terlentang dalam semak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Anggota forensik sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mayat mangsa yang ditemui dalam semak berhampiran laluan pejalan kaki di Jalan PJU 1a/20b, Ara Damansara, semalam. - FOTO: China Press


PETALING JAYA - Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan pelbagai kesan tetakan di kawasan semak berhampiran laluan pejalan kaki di Jalan PJU 1a/20b, Ara Damansara, di sini, semalam.

Mayat berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam dalam keadaan terlentang di tepi pokok di situ, sebelum dimaklumkan kepada polis pada jam 9.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati mayat lelaki itu masih lengkap memakai baju kemeja kotak dan berseluar.

Beliau berkata, pemeriksaan pada badan mangsa menemui banyak kesan kecederaan.

"Kita jumpa beberapa kesan tetakan pada tangan dan bahagian belakang badan mangsa.

"Kita percaya mangsa mungkin diserang dengan parang ketika dalam perjalanan dari kedai untuk pulang ke rumah," katanya.

Difahamkan, kawasan kejadian adalah jalan pintas khususnya untuk pejalan kaki dan biasanya digunakan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang untuk kedai berhampiran.

Arjunaidi berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan kematian mangsa bermotifkan dendam.

Menurutnya, polis bagaimanapun belum dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat," katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan individu yang terlibat dalam kejadian sedang giat dijalankan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian, diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222, bagi membantu siasatan.
 
Back
Top
Log in Register