BTC USD 61,654.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat tergantung di padang permainan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Polis memeriksa mayat Chee Mun yang ditemui tergantung di padang permainan Taman Ipoh Timur, semalam.
< 1 / 1 >
IPOH – Pengunjung taman permainan kanak-kanak di Taman Ipoh Timur, di sini, gempar apabila mayat seorang lelaki ditemui tergantung di situ, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, Yip Chee Mun, 54, ditemui dengan leher terikat tali pada tiang besi di taman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dari Jalan Yin Choo Han, Taman Ipoh, dipercayai tinggal bersendirian dan tidak bekerja.

“Bedah siasat mendapati mangsa mati akibat tekanan pada leher.

"Keluarga mangsa yang kini berada di Kuala Lumpur sudah dimaklumkan, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Difahamkan, mangsa berkemungkinan mengalami tekanan selepas bercerai dengan isterinya beberapa tahun lalu.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/mayat-tergantung-di-padang-permainan-1.205858
 
NASIB BAIK JUMPA PG..KLU PTG XPSL2 BUDAK2 YG MAIN KAT SITU TRAUMA...:o
 
lepas ni buai gerak sendirila
 
lepas ni byklah buah-buahan, kuehmueh, colok kat situ.hehe
 
bunuh diri la kat tempat lain..tempat bdak main tuh..mesti ada momok pasnih...
 
Back
Top
Log in Register