BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Remaja Lemas Di Cheras Ditemui

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 23 Okt - Mayat seorang remaja lelaki yang lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kerayong berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Maluri di sini Rabu petang, ditemui pada Khamis.

Mayat Muhammad Ridzuan Yusri, 13, dari Cheras, ditemui pukul 10.50 pagi iaitu kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian oleh pasukan mencari dan menyelamat dalam operasi yang dijalankan sejak lewat Rabu petang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permaisuri, Cheras itu ditemui tersangkut di kayu pada kedalaman kira-kira 1.5 meter di dasar Sungai Kerayong berhampiran Flat Sri Melaka.

"Petang semalam, pasukan penyelamat mencari mayat mangsa di kawasan itu tetapi gagal menemuinya kerana keadaan air keroh dan hujan," katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam insiden pukul 6 petang itu, Muhammad Ridzuan dilapor terjatuh ke Sungai Kerayong ketika bermain dalam hujan lebat bersama lima rakannya di tebing sungai berkenaan.

Azizan berkata lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Pudu, polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam terbabit dalam operasi itu.
 
Takziah, skrang musim hujan memang bahaye main kat sungai

Sungai Kerayong,
cereal2.png
Kampung aku name die Bukit Kerayong
 
Back
Top
Log in Register