BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat ditemui dalam kereta Son Ho-young

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
so+ho-young.jpg





Baru-baru ini dunia hiburan Korea dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang wanita di dalam kereta milik bekas anggota g.o.d, Son Ho-young.

Menurut laman sesawang Allkpop, pada 21 Mei lalu, pihak polis memberitahu bahawa mayat seorang wanita yang disyaki bekas teman wanita penyanyi tersebut ditemui dalam kereta yang didaftarkan ke atas namanya.

Wakil pihak polis melaporkan, "Kereta tersebut ditemui berdekatan Pangsapuri Misung di Gangnam, Seoul pada 15 Mei lalu. Ia telah ditarik selepas laporan diterima mengatakan kereta tersebut diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

"Walaubagaimanapun, tiada sesiapa datang untuk mengambilnya jadi kami periksa isi kereta tersebut dan menemui mayat seorang wanita. Kami kemudian dapat mengenal pasti bahawa kereta tersebut didaftarkan ke atas nama Son Ho-young dan menghubunginya tengah hari tadi untuk menyiasat hal ini."

Sementara itu, pihak polis memberitahu bahawa mereka mengesyaki bahawa kes tersebut merupakan kes bunuh diri, selepas menemui nota terakhir di dalam kereta tersebut.

Dalam pada itu, wakil Son Ho-young memberitahu, "Memang benar itu kereta Son Ho-young dan memang benar, dia mempunyai hubungan yang akrab dengan si mati. Son Ho-young kini sedang disoal siasat oleh pihak polis."

Jelas wakilnya lagi, Son Ho-young pernah bertemu wanita tersebut beberapa kali tetapi kemudiannya hubungan mereka renggang seketika disebabkan kesibukannya dalam merakamkan album terbarunya.

Namun begitu, tidak lama kemudian, wanita tersebut memutuskan hubungan dengan Son Ho-young dan juga keluarganya sendiri serta bertindak menghilangkan diri.

Buat masa ini, masih belum ada keputusan kukuh tentang kes tersebut dan siasatan masih dijalankan.
 
Back
Top
Log in Register