eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
LANGKAWI 8 Mac — Mayat chef sebuah hotel terkemuka di sini, Hazli Mat Ani, 34, yang hilang dibawa arus apabila bot gentian kaca yang dinaiki karam di 0.5 batu nautika dari Pulau Rebak di sini awal pagi semalam, ditemui hari ini.
Pegawai Operasi Polis Marin Langkawi, ASP Abdul Manan Long berkata mayat Hazli ditemui terapung kira-kira 200 meter dari tempat kejadian pada 9 pagi ini oleh bot peronda polis marin.
Mayat dihantar ke Hospital Daerah Langkawi untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di perkarangan bilik mayat hospital itu hari ini.
Dalam kejadian 1.30 pagi semalam, bot yang dinaiki Hazli dan empat sahabatnya karam ketika mereka keluar memancing di perairan Pulau Rebak. Mayat Mahmud Naim Ibrahim ,37, juga seorang chef ditemui tidak jauh dari tempat kejadian pada 8.45 pagi dan dikebumi di kampungnya di Sungai Petani malam tadi.
Tiga yang selamat ialah Azizan Chin, 33, Shaiful Nizam 36, dan Bakri Saad 25.
Hazli meninggalkan seorang isteri Azniza Mohd Azmi, 34, kakitangan Hospital Daerah Langkawi dan empat anak lelaki iaitu Mohd Alif, 10, Mohd Aiman, 9, Mohd Adam, 7, dan Mohd Amar berumur setahun setengah.
Abdul Manan berkata kelima-lima mereka bukan peserta pertandingan sauk sotong anjuran Majlis Pelancongan Langkawi (MTPL) di sini semalam seperti dihebohkan.