balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
BUKIT MERTAJAM - Mayat seorang lelaki yang dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan berulat di belakang sebuah kilang di Bukit Tengah, semalam.
Mayat yang dijumpai dalam longkang itu dibungkus dengan kain sebelum ditemui orang awam yang melalui jalan tersebut kira-kira jam 9.15 pagi.
Menurut sumber, seorang lelaki ternampak bungkusan terbabit selepas terhidu bau busuk dan membuat laporan polis selepas mendapati bungkusan terbabit berisi mayat yang sudah berulat.
“Tidak ada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui berhampiran mayat itu selepas pemeriksaan dijalankan anggota forensik,” katanya.
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab Lah berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti mayat tersebut.
“Kita tidak menolak kemungkinan itu adalah mayat warga asing yang dipercayai mati di tempat lain sebelum dibuang di situ.
“Orang awam yang kehilangan anggota keluarga atau saudara-mara diminta ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.
Mayat terbabit dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/mayat-berulat-berbungkus-1.274468