BTC USD 83,596.9 Gold USD 4,154.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat berasap

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA SELANGOR: Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke kebunnya lari lintang pukang selepas terlihat mayat seorang lelaki yang masih berasap di kawasan belukar, di Jalan Paip Off Jalan Timur Tambahan, kira-kira 500 meter dari Universiti Industri Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, dekat sini, kelmarin.

Lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan ke kebunnya untuk meninjau tanamannya yang ditenggelami air akibat banjir sebelum melihat organ menyerupai manusia sedang terbakar.

Dia kemudian terus bergegas meninggalkan kawasan itu sebelum menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan mayat berkenaan.

Ketua Polis Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, berkata polis yang menerima panggilan daripada mangsa kira-kira jam 6.45 petang kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Ketika kami tiba, mayat itu hampir 80 peratus terbakar dan hanya beberapa organ yang tinggal.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati mangsa adalah lelaki dewasa berdasarkan penemuan cebisan misai dan janggut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dihantar ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung kejadian itu.

Polis turut menemui dua bekas mengandungi sisa petrol dipercayai digunakan untuk melupuskan mayat mangsa.

Mohd Taib berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul terlebih dulu sebelum mayatnya dibakar berdasarkan kesan kecederaan pada bahagian badan mangsa.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan identiti mangsa belum dikenalpasti kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa bersama-sama beberapa cebisan pakaian,” katanya.

Sementara itu, bedah siasat ke atas mayat terbabit di Hospital Tanjong Karang (HTK) semalam mendapati mangsa adalah seorang lelaki berketurunan India.

Manakala sampel cebisan mayat dihantar ke Jabatan Kimia untuk dibuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi polis di IPD Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau pegawai penyiasat kes terbabit, Cif Inspektor Sasinathan di 019-2722424 bagi membantu siasatan.
 
dia mati tgh isap rokok kot.. rokok xpadam lg:D
 
organ yg tinggal tu buleh lah buat derma organ utk mereka yg memerlukan...kihkihkih:D
 
Back
Top
Log in Register