BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maxis lancar rangkaian 4G Hotlink

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Maxis


KUALA LUMPUR - Maxis Bhd melancarkan perkhidmatan 4G Hotlink yang membolehkan pelanggan prabayar menikmati Internet lebih laju berbanding rangkaian 4G pertama dan paling luas di Malaysia.

Ketua Bahagian Perniagaan Pelanggannya Dushyan Vaithiyanathan berkata 4G Hotlink merupakan kemajuan semula jadi dan bermakna untuk pelanggan memandangkan mereka dapat menikmati pengalaman yang lebih baik.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata semua pelanggan hanya perlu membeli pek SIM #Hotlink berharga RM8.80 dan membuat pertukaran SIM 4G di Pusat Maxis di seluruh negara.

Mereka kemudian perlu melanggan pas Internet mudah alih pada kadar 1GB atau 3GB bulanan, masing-masing berharga RM30 dan RM68 untuk menikmati kelajuan rangkaian 4G Maxis.

Untuk melanggan pas berkenaan, pelanggan perlu mendail *100# daripada telefon pintar, dan mereka dan juga mendapat 50 peratus lebih data, jika membeli pas Internet mudah alih bulanan itu mulai hari ini hingga 28 Februari. - Bernama
 
aku standby nak tukar ke celcom..maxis hampeh
 
lepas ini lagi lajuuuuu.. .. habis quote kena speed trap
 
Back
Top
Log in Register