ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Maxis
MAXIS Berhad (Maxis) mencatatkan keputusan positif, disertai dengan trend menaik bagi keputusan kewangan suku ketiga berakhir 30 September lalu.
Maxis dalam satu kenyataan berkata, berikutan momentum positif daripada langkah transformasi dan inisiatif pasaran, Maxis merekodkan keuntungan selepas cukai yang dinormalkan sebanyak RM494 juta, meningkat 2.9 peratus daripada RM480 juta yang dicatatkan pada suku kedua 2014.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal berkata, prestasi suku ketiga itu adalah petunjuk yang baik.
"Banyak lagi peluang untuk kami mencipta kejutan positif yang boleh membuatkan pelanggan berasa istimewa dan detik ‘Like’.Maxis sememangnya mempunyai rangkaian yang sangat kompetitif meliputi majoriti penduduk di samping menerajui liputan penduduk LTE di negara ini. Kami ingin terus meningkatkan keupayaan dan memastikan kami dapat menyediakan pengalaman tanpa bandingan buat pelanggan kami,” katanya.
Sementara itu bagi pasca bayar pula, pelan MaxisONE terus memperoleh sambutan yang menggalakkan dengan kemasukan pelanggan baharu dan juga yang berhijrah ke Maxis sertaimpak ARPUyang lebih baik.
Syarikat telah melabur sebanyak RM337 juta dalam perbelanjaan modal pada suku ini dan seperti yang dijangkakan, bakal melaburkan lebih daripada RM1 bilion tahun ini.
Liputan 2G dan 3G Maxis masing-masing melebihi 95 peratus dan 85 peratus dari jumlah penduduk.