BTC USD 56,826.3 Gold USD 1,773.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Telco Maxis Ada Pelan Pasca Bayar Dan Broadband Baru

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
PKP datang lagi dan kita akan lebih kerap berada dirumah. Sekiranya anda masih lagi tercari-cari pelan sesuai untuk digunapakai seisi keluarga, Maxis hari ini tampil dengan pelan terbaharu.

Family-Plan-PR-BM.jpeg

Menerusinya, ia tersedia dengan 4 talian telefon tanpa had serta 1 jalur lebar (30Mbps atau 4G WiFi) untuk rumah pada harga bulanan RM299. Bagi jalur lebar, anda mempunyai pilihan untuk menaik taraf kelajuan dari 30Mbps kepada 800Mbps.

Screenshot-2021-05-11-at-10.30.28-PM.png

Terdapat juga pilihan untuk tambah empat peranti baru melalui kontrak Maxis Zerolution dengan harga bermula RM19 bagi setiap talian mudah alih. Peranti yang ditawarkan adalah telefon pintar, tablet dan jam tangan pintar.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Maxis Family Plan Baru Tawar Data Tanpa Had

Semalam OpenSignal telah mengeluarkan laporan bahawa penggunaan data rakyat Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara, dan trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa bulan akan datang khususnya kerana wabak COVID-19 dan juga PKP 3.0 yang baru diumumkan.

Maxis-Family-Plan-1-950x393.jpg

Untuk keluarga-keluarga yang mungkin perlu bekerja dan juga memulakan pembelajaran dari rumah, jika mereka tidak mempunyai sambungan internet seperti Unifi ataupun Time, kebarangkaliannya mereka perlu bergantung kepada data mudah-alih daripada syarikat-syarikat telekomunikasi.

Maxis-Family-Plan-2-950x643.jpg

Maxis baru-baru ini telah memperkenalkan Family Plan baru dimana empat orang ahli keluarga boleh menikmati data internet mudah-alih tanpa had, tetapi juga membolehkan seluruh keluarga anda menggunakan internet jalur lebar dengan kelajuan 30Mbps, dengan pilihan untuk menaiktaraf kelajuan tersebut ke 800Mbps.

Bagi keluarga yang mahu menaiktarafkan peranti pula, dengan Family Plan ini, mereka juga boleh memilih untuk mendapatkan peranti melalui pelan Maxis Zerolution untuk empat ahli keluarga yang sama bermula dari RM19 sebulan.

Maxis-Family-Plan-3-950x545.jpg

Selain daripada itu, Maxis juga menawarkan pelan TV Zerolution dimana pelanggan Maxis Family Plan ini boleh mendapatkan sebuah televisyen pintar Samsung bersaiz 65 inci pada harga RM129 sebulan jika anda mendapatkan pelan Family Plan asas Dengan penaiktarafan internet jalur lebar Maxis, nilai pembayaran TV Zerolution ini boleh diturunkan sehingga RM1 sebulan.

Maxis Family Plan baru ini hadir dengan penawaran-penawaran ini pada harga RM299 sebulan, dengan kontrak selama 24 bulan. Untuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan internet mudah-alih dan jalur lebar ini, anda boleh membaca mengenainya melalui laman web Maxis Family Plan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register