BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mawi botak kepala demi konsert

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
Mawi botak kepala demi konsert

Mawi botak kepala demi konsert
BANGI: Juara Akademi Fantasia 3, Mawi membuat kejutan apabila membotakkan kepala sempena Konsert Tsunami Mawi World Live In Kuala Lumpur, awal tahun depan.

Ini adalah kali pertama Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani kembali kepada imej lamanya selepas tujuh tahun membela rambut hingga paras bahu.

Berkongsi perasaannya, Mawi mengakui sedih, namun menyifatkan apa yang dilakukannya sebagai satu pengorbanan kecil.

"Perasaan saya, tengok anak saya sedih, saya pun begitu juga. Botak ini sudah sinonim dengan saya sejak masuk dalam industri hiburan.

"Ikut perancangan memang saya nak botak, tapi untuk filem. Disebabkan konsert, saya rasa tak mengapa kalau berkorban sikit. Bukan teruk sangat, jadi saya reda. Kena kekal botak hingga malam konsert," katanya ditemui pada sidang media Konsert Tsunami Mawi World Live In Kuala Lumpur diadakan di sebuah hotel, di sini, petang tadi.

Pada majlis itu, isteri Mawi, Nora'Asikin Rahmat atau Ekin diberi penghormatan memotong rambut suaminya.

Sementara itu, Mawi turut berkongsi maklum balas peminat mengenai imej rambut panjangnya itu.

"Saya bela rambut sejak 2017. Sudah tujuh tahun. Jadi, waktu perjalanan rambut saya begini, ramai tak puas hati.

"Ada yang kata, tak suka tengok saya berambut panjang, terutamanya apabila berjumpa pakcik dan makcik. Saya senyum sahaja.

"Asalnya, saya bela rambut sebab filem Munafik 2. Waktu itu, Syamsul minta simpan rambut panjang sedikit. Tak sangka, saya sayang nak potong," ujarnya.

Konsert dianjurkan sempena dua dekad pembabitannya dalam bidang seni itu bakal diadakan di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 25 Januari 2025.
 
Back
Top
Log in Register