BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut sedut asap dalam kereta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SENAWANG – Seorang mekanik ditemui mati dipercayai tersedut asap karbon monoksida dalam sebuah kereta di Taman Pinggiran Senawang, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, mangsa, Wong Chee Wo, 50, ditemui mati oleh orang awam yang curiga selepas melihat kepulan asap tebal keluar dari sebuah kereta diletakkan berhampiran sebuah kilang besi di taman berkenaan.

Chee Wo dipercayai lemas akibat terhidu asap yang disalurkan ke dalam kenderaan terbabit selama beberapa jam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, polis menerima panggilan kecemasan dari orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 12.30 tengah malam.

Menurutnya, polis mendapati terdapat sebatang tiub getah disambungkan daripada ekzos kenderaan dan tiub getah berkenaan dimasukkan ke dalam kereta ketika enjin kenderaan itu dihidupkan.

“Orang ramai yang curiga dengan kenderaan berhenti di kawasan berkenaan terus menghubungi polis dan menemui mayat mangsa berpakaian lengkap di dalam kereta terbabit.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, di sini untuk dibedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/maut-sedut-asap-dalam-kereta-1.28744
 
dah jadi trend plak bunuh diri cara mcm ni..
 
Cara ni mungkin tak sakit daripada gunakan shotgun
 
bunuh diri...
betul ke x sakit ngan cara cmni?
 
bunuh diri cara yang x feymes..
terjun je la KLCC..
 
lecturer aku cakap cara cmnie paling 'x sakit' bunuh diri...
 
tekanan jiwa...mngkn kaedah ni lebih sesuai dr terjun bangunan...
mati dlm senyap dan perlahan...
 
Back
Top
Log in Register