BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maut sebab berebut mahu memasak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Rakan mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.
< 1 / 1 >
AMPANG - Hanya kerana berebut hendak memasak, seorang lelaki warga Bangladesh mati ditikam dipercayai oleh rakan serumahnya dalam kejadian di Jalan Wawasan 2, Bandar Baru Ampang, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 8.30 malam dan 8.45 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 35 tahun itu ditikam pada bahagian rusuk kiri.

"Mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.15 malam.

"Pemeriksaan menunjukkan terdapat satu kesan tikaman di bahagian rusuk kiri mangsa," katanya, semalam.

Menurutnya, susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga rakan serumah mangsa berusia 28 tahun.

"Lelaki itu kita tahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini motif awal dipercayai ada kaitan dengan hal memasak.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk dibedah siasat.

Difahamkan, rumah terbabit disewa mangsa bersama kira-kira 15 lagi lelaki Bangladesh.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/maut-sebab-berebut-mahu-memasak-1.204012
 
dulu ak sewa bilik yg sorang makcik ni bergaduh dgn cina sorang tu pasal masak jgkla

cina tu hari2 buat sup herba die..sekali guna dapur reneh herba tu sampai 5-6jam..mana xangin die pun nak masak jgk
 
mcm nie pun boleh... pasal memasak jea pun... mkn jea luar senang citer... haha
 
hari ni pasal masak boleh berbunuhan....tak mustahil esok lusa kes pasal nak masuk tandas pulak boleh jadi kes bunuh.....macam2 hal warga asing ni.
 
Mcm2......bersyukurlah kita ni dapur gas 2-3 bijik...dorg ssh nk msk pon smpi berbunuh...
 
angkut la trus 1 rumah..nih angkut sorang jerk..mesti polis tuh pening bau bangla dlm kete..klu aku dah pengsan...hhahaha
 
sorang nak masak ala2 resepi nepal, sorang lg ntah2 nak masak lomak cili api & rebung..aduhaiiiiii..
 
Back
Top
Log in Register